Utusan Borneo (Sarawak)

China tuntut mumia yang dicuri

-

BEIJING: Sebuah wilayah China sedang cuba mendapatka­n semula mumia sami berusia 1,000 tahun yang menurut pakar dicuri dua dekad lepas dan muncul semula semasa satu pameran di Hungary.

Pa t u n g Bu d d h a mengandung­i mumia sami itu dipamerkan pada Pameran Dunia Mumia di Muzium Sejarah Semula Jadi Hungary di Budapest, yang mengumpul 28 mayat yang diawet dari pelbagai budaya di seluruh dunia.

Jurucakap Biro Relik ke b u d a y a a n Fu j i a n memberitah­u agensi berita rasmi Xinhua di China bahawa patung itu telah dicuri dari sebuah tokong di kampung Yangchun.

Patung mumia yang disembah sejak kurun ke-12 itu hilang dari tokong pada 1995, menurutnya.

“Ketikasaya­melihatgam­bar (patung Buddha) dalam berita TV, ia segera mengingatk­an saya dengan patung kami yang telah hilang,” petani Lin Yongtuan memberitah­u akhbar milik negara China Daily semalam.

Pesanan dalam laman sesawang muzium Budapest semalam menyatakan patung itu telah dipindahka­n dan dihantar pulang ke Belanda atas permintaan rakan kongsi yang meminjamka­nnya, Muzium Drents.

Xinhua memetik jurucakap Muzium Drents sebagai menyatakan patung itu milik seorang pengumpul peribadi Belanda yang telah membelinya secara sah pada 1996.

Insiden itu merupakan kes terbaharu artifak China yang dicuri telah muncul semula di luar negara.

Beijing telah menjadikan tuntutan bagi relik sedemikian sebagai satu keutamaan.

Pada 2013, hartawan Perancis Francois- Henri Pinault memulangka­n dua kepala air pancut gangsa dari Istana Musim Panas Lama di Beijing, yang mana lelonganny­a pada 2009 menimbulka­n kemarahan China.

Tugu itu dirompak pasukan tentera British dan Perancis pada 1860 semasa Perang Candu Kedua dan cukup memalukan China.

Beijing menganggar­kan sekurang-kurangnya 1.5 juta artifak telah dijarah sepanjang perang tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia