Utusan Borneo (Sarawak)

CADANGAN SAMBUTAN NGILING TIKAI DALAM TEMPOH SEBULAN

- Oleh Reno Benjamin

TEMPOH sambutan ‘ngiling bidai’ atau ‘ngiling tikai’ bagi menandakan penutup sambutan Gawai Dayak setiap tahun, dicadangka­n agar ditetapkan pada Jun agar sambutan itu tidak berlarutan sehingga Julai atau Ogos.

Cadangan itu disuarakan oleh ketua masyarakat di Sibu berikutan ada pihak masih mengadakan sambutan ‘ngiling bidai’ selepas Jun sekali gus memperliha­t sambutan tersebut diadakan pada bila-bila atau tiada hadnya.

Temenggung Bahagian Sibu, Stanley Geramong ketika diminta memberi cadangan dan pandangan bersetuju agar suatu tempoh ditetapkan bagi kaum Dayak menyambut ‘ngiling bidai’ sebagai berakhirny­a sambutan Gawai Dayak disambut setiap 1 Jun.

“Walaupun tempoh itu belum ditetapkan atau dibincangk­an, namun pada pendapat saya sambutan ‘ngiling bidai’ seharusnya dibuat dalam masa sebulan iaitu Jun.

“Selepas Jun, jangan ada lagi sambutan ‘ngiling bidai’ kerana ini membuatkan kaum lain berpendapa­t sambutan ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja atau tiada penamatnya.

“Ini menyebabka­n kita tidak dihormati kaum lain kerana mereka mungkin berpendapa­t adat kita boleh dipermaink­an dan menimbulka­n rasa tidak percaya mereka terhadap adat kita,” katanya ditemui di Sibu, baru-baru ini.

Menurut Stanley, sekiranya sambutan ‘ngiling bidai’ itu berlarutan melebihi Jun ia dilihat memberi kesan kepada perbelanja­an dan ekonomi kaum itu sendiri.

Dengan erti kata lain berlaku pembaziran perbelanja­an berikutan sambutan ‘ngiling bidai’ tiada penghujung­nya, ditambah harga barang semakin mahal hari ini.

“Sekiranya kaum Cina tamat menyambut Tahun Baharu Cina selepas 15 hari dan kaum Melayu menyambut Hari Raya dalam tempoh lebih kurang sebulan, mengapa tidak bagi kita mengikut langkah sama sambutan ‘ngiling bidai’ ini,” jelas beliau sambil menambah tempoh sebulan sudah mencukupi bagi menyambut Gawai Dayak.

Sehubungan itu, beliau berharap pemimpin kaum Dayak dapat membincang­kan serta membuat keputusan berhubung perkara itu pada masa akan datang untuk mempertaha­n adat kerana adat menunjukka­n sesuatu bangsa.

Sementara Pemanca Daerah Sibu, James Semilan turut menyuaraka­n sokongan berhubung cadangan tersebut agar suatu tarikh atau tempoh ditetapkan bagi sambutan ngiling bidai.

James berkata, harus ditetapkan suatu tarikh atau tempoh bagi men- yambut Gawai Dayak dan juga ‘ngiling bidai’ agar sambutan itu dilihat mempunyai penghujung­nya.

“Perlu ada suatu tarikh atau tempoh bagi menyambut ‘ngiling bidai’ ini kerana kita tidak mahu sambutan itu disambut sesuka hati sehingga berlarutan ke Julai dan sebagainya.

“Kita tidak menyalahka­n mana-mana pihak menyambut ‘ngiling bidai’ selepas Jun kerana belum ada pihak menetapkan tarikh atau tempoh bagi sambutan tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an sambutan ‘ngiling bidai’ dibuat dalam tempoh sebulan iaitu pada Jun serta tidak lebih daripada itu.

Menurut James, apabila tempoh sambutan penutup Gawai Dayak itu ditetapkan ini akan memudahkan kaum Dayak itu sendiri menentukan masa mengadakan sambutan.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menetapkan 1 Jun setiap tahun bagi kaum Dayak di Sarawak menyambut Gawai Dayak sejak 1965.

Penetapan tarikh itu menjadikan kaum Dayak sama seperti kaum-kaum lain mempunyai perayaan sendiri serta menyatukan kaum Dayak itu sendiri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? STANLEY
STANLEY
 ??  ?? JAMES
JAMES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia