Utusan Borneo (Sarawak)

CARLOS KEMBALI SARUNG BUT

Legenda Brazil itu akan beraksi bersama Delhi Dynamos

-

NEW DELHI: Legenda bola sepak Brazil Roberto Carlos akan bermain sekali lagi selepas dia menandatan­gani kontrak Khamis lepas sebagai pemain tarikan utama bagi musim kedua Liga Super India (ISL), tiga tahun selepas perlawanan kompetitif­nya yang terakhir.

Pemenang Piala Dunia itu menandatan­gani kontrak dengan pasukan Delhi Dynamos di bawah pancaran lampu kamera di New Delhi, hanya beberapa hari sahaja selepas dia bersetuju untuk mengurus pasukan tersebut dalam kejohanan ISL selama 10 minggu.

“Saya ingin bermain!” kata bekas pemain pertahanan Brazil dan Real Madrid itu dalam pengumuman yang mengejutka­n di satu acara media di ibu negara India.

“Saya mengalu- alukan tugas ini sebagai peluang untuk menyampaik­an teknik bermain baharu kepada pemain, menggilap kemahiran mereka,” kata legenda berusia 42 tahun itu yang menjadi masyhur dalam pasukan kebangsaan Brazil kerana tendangan percumanya yang menakjubka­n.

“Saya terharu dengan sokongan yang begitu kuat daripada peminat di India yang mendorong saya untuk datang ke sini dan bermain untuk Delhi Dynamos.”

Carlos menggantik­an Harm van Veldhoven dari Belanda sebagai pengurus pasukan yang membimbing Delhi ke tempat kelima dalam kejohanan pada tahun lepas.

Bermula pada 3 Oktober lalu, lapan pasukan bandar raya akan menyertai kejohanan berkenaan.

Dia merupakan warga Brazil terkenal yang kedua untuk mengurus sebuah kelab selepas seorang lagi pemain legenda Zico memegang tampuk di FC Goa.

Bekas penyerang Perancis yang kontrovers­i Nicolas Anelka akan mengurus dan bermain sekali lagi pada tahun ini untuk kelab Mumbai City FC manakala bekas pemain tengah England David Platt akan mengurus Pune City.

Saya mengalu-alukan tugas ini sebagai peluang untuk menyampaik­an teknik bermain baharu kepada pemain,

” menggilap kemahiran mereka. Roberto Carlos Legenda bola sepak Brazil

Populariti bola sepak sudah meningkat perlahan-lahan di India dan ISL menarik puluhan ribu penyokong pada tahun pertama untuk melihat bintang ternama seperti Anelka dan bekas pemain terbaik dunia Alessandro Del Piero yang merupakan pemain ta- rikan utama francais Delhi pada tahun lepas.

Bagaimanap­un Del Piero, 40 tahun, bergelut untuk mengikuti rentak pada musim lepas dan hanya memanaskan bangku pemain simpanan pada peringkat akhir musim. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TENDANGAN MASIH BERBISA: Carlos memberikan ‘pose’ dengan gambar logo pasukan Delhi Dynamos semasa sidang media di New Delhi.
— Gambar AFP TENDANGAN MASIH BERBISA: Carlos memberikan ‘pose’ dengan gambar logo pasukan Delhi Dynamos semasa sidang media di New Delhi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia