Utusan Borneo (Sarawak)

Astro Battlegrou­nd 2015 nobat Kidiotics sebagai juara

-

ASTRO Battlegrou­nd, pertanding­an tarian jalanan (street dance) terbesar di Asia, menamatkan musim 2015 dengan aksi Grand Final yang hebat pada 4 Julai 2015 di Gelanggang Ais Sunway Pyramid.

Pasukan termuda pertanding­an tersebut, Kidiotics telah dinobatkan sebagai juara Astro Battlegrou­nd 2015, mengetepik­an Death Notz kumpulan.

Rancangan perdana Astro dengan siaran paling lama itu juga turut menyaksika­n pemenang paling muda di dalam sejarah sembilan tahun bersiaran bila Faris Azim Abd Karim dari Selangor berjaya memukau penonton dan para hakim untuk menjulang kejuaraan kategori solo.

Kidiotics dan Death Notz, bersamasam­a dengan BeastZ mempamerka­n gerak tari mereka yang paling terbaik dan sempurna di sepanjang empat pusingan bagi meraih dua slot utama untuk mara ke pusingan akhir.

Di sebalik ramalan awal, Kidiotics menghasilk­an persembaha­n unggul di pusingan akhir dengan mempamerka­n langkahlan­gkah hebat dan untuk menawan hati para hakim, dan seterusnya dijulang sebagai juara kumpulan Astro Battlegrou­nd 2015.

Drama atas pentas berterusan apabila giliran krew-krew Kidiotics pula berentap antara satu sama lain untuk merebut gelaran solo, dan ia menjadi medan pertempura­n di antara Siong, peserta termuda berumur 15 tahun dan Faris, krew Melayu tunggal.

Dengan menguasai Faris menjuarai gelaran solo walaupun berasa kurang sihat dan telah mencederak­an mulutnya secara tidak sengaja ketika melakukan salah satu rutin tarian. Kejayaan Faris ini lebih bermakna memandangk­an beliau terpaksa beraksi dalam enam pusingan berturuttu­rut dan berpuasa pada masa yang sama. Ketika ditemui selepas majlis tamat dan sudah berehat seketika, freestyler yang berusia 17 tahun itu mengakui dia tidak pernah menyangka akan menjadi johan kategori solo.

“Saya menyangka Siong akan menjadi juara kerana dia telah mendahului sejak awal saingan solo. Tapi saya enggan mengalah. Saya terus berjuang hingga ke akhir, dan saya akhirnya berjaya,” kata Faris dengan penuh kegembiraa­n.

Dihoskan oleh bekas ratu cantik, Trisha Kuck dan penari tempatan, Dennis Yin, aksi Grand Final Astro Battlegrou­nd 2015 menampilka­n barisan juri yang berkaliber, terdiri daripada pakar tarian antarabang­sa terkenal seperti Tai Chi (Jepun), Funky Lia (Korea), Chun Hsiang (Taiwan), Yiu (Hong Kong) and Vince (Filipina). Kumpulan wanita tempatan, Precious muncul sebagai artis jemputan pada malam itu.

Dalam perkembang­an berkaitan, juara Astro Battlegrou­nd 2015 (Kidiotics) dan naib juara (Death NotZ) akan mewakili Malaysia untuk ke Asian Battlegrou­nd iaitu scene tarian Asia yang akan diadakan di One City Grand Ballroom pada 7 Ogos 2015.

Mereka bakal disertai oleh 11 lagi kumpulan tarian lain dari Jepun, Korea, China (Shanghai dan Hong Kong), Filipina, Vietnam, Brunei, Indonesia, Thailand, Taiwan dan Singapura dalam rancangan yang akan disiarkan LIVE menerusi Astro Wah Lai Toi (Saluran 311 dan HD CH310).

Choo Chi Han, Naib Presiden Perniagaan Cina, Astro berkata, “Kami telah menerima sekurang-kurangnya 11 borang penyertaan bagi setiap lokasi. Kami sangat teruja dengan sambutan ini dan tidak menyangka ramai yang menyedari kewujudan Asian

Battlegrou­nd dan ingin menyertai pertanding­an itu.”

Choo juga mengumumka­n berita gembira bahawa Astro Ben Di Quan dan Astro Gempak akan menyiarkan secara live menerusi saluran YouTube masingmasi­ng.

Tambahnya, “Kami berharap untuk menarik peminat tempatan baru dengan penyiaran Asian Battlegrou­nd menerusi Astro Gempak, saluran YouTube paling popular di Malaysia.

Battlegrou­nd itu juga boleh ditonton menerusi Astro on the Go untuk semua pengguna berdaftar.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook. com/astrobattl­eground.

 ??  ?? KIDIOTICS
KIDIOTICS
 ??  ?? DEATH NOTZ
DEATH NOTZ
 ??  ?? BEASTZ
BEASTZ
 ??  ?? HAKIM: Choo (tengah) bersama dengan dua hakim pertanding­an iaitu Vince
(kiri) dan Funky Lia.
HAKIM: Choo (tengah) bersama dengan dua hakim pertanding­an iaitu Vince (kiri) dan Funky Lia.
 ??  ?? JUARA: Kidiotics bergambar selepas dinobatkan sebagai juara Astro Battlegrou­nd 2015.
JUARA: Kidiotics bergambar selepas dinobatkan sebagai juara Astro Battlegrou­nd 2015.
 ??  ?? TERBAIK: Faris Azim Abd Karim dinobatkan sebagai juara solo.
TERBAIK: Faris Azim Abd Karim dinobatkan sebagai juara solo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia