Utusan Borneo (Sarawak)

Kemiskinan berkuranga­n

K’jaan komited pastikan setiap lapisan masyarakat dapat nikmati hasil pembanguna­n: Awang Tengah

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Sarawak berjaya mengurangk­an kadar kemiskinan sebanyak 2.4 peratus pada 2012 berbanding 7.5 peratus pada 2004, kata Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata lagi kadar kemiskinan tegar juga berjaya dikurangka­n daripada 1.1 peratus 2004 kepada 0.3 peratus dalam tempoh yang sama.

“Kerajaan negeri amat komited dalam memastikan setiap golongan masyarakat di negeri ini akan dapat menikmati hasil pembanguna­n sekali gus mengeluark­an mereka dari kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis suumbangan raya anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) di Dewan Suarah semalam.

Turut sama ialah isteri

Kerajaan negeri amat komited dalam memastikan setiap golongan masyarakat di negeri ini akan dapat menikmati hasil pembanguna­n sekali gus mengeluark­an mereka dari

” kepompong kemiskinan.

Awang Tengah Datuk Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Maria Hasman dan Pegawai Daerah Limbang Hamdiah Bakir.

Awang Tengah yang juga Pengerusi LAKIL berkata masih terdapat kelompok masyarakat yang berada di bawah garis kemiskinan.

Jelasnya kerajaan bukan saja menumpukan perhatian kepada pengagihan jenis bantuan kepada golongan memerlukan tetapi bercadang untuk menambah bajet bantuan seperti yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Kita bukan saja membantu golongan memerlukan, tetapi kerajaan juga mendidik masyarakat akan memajukan diri dengan melibatkan diri dalam bidang ekonomi,”jelasnya.

Tambah beliau lagi pelbagai agensi kerajaan termasuk Amanah Iktiar Malaysia (AIM), TEKUN dan agensi lain mempunyai pelbagai program untuk membantu golongan sasar menjana pendapatan dengan melibatkan diri dalam pembuatan kuih muih ataupun bertani.

“Banyak program bantuan disediakan agensi kerajaan yang ada untuk membantu mereka berjaya dalam hidup.

“Pada masa sama mereka perlu mempunyai kemahiran dan mendapatka­n pendidikan secukupnya untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik dan jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak maju ke depan,”katanya lagi.

Jelasnya, golongan miskin, anak yatim termasuk orang kurang upaya tidak harus menyalahka­n takdir sebaliknya berusaha gigih gigih untuk berjaya dengan memanfaatk­an segala kemudahan dan bantuan untuk memajukan diri.

Sementara itu ketika di-

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua

tanya mengenai masalah kekurangan darah kritikal yang dihadapi Hospital Lawas sekarang, Tengah menggesa orang ramai supaya tampil menjayakan kempen derma darah yang kerap diadakan di sini.

Katanya, menderma darah amat penting untuk menyelamat­kan nyawa orang lain.

Selain itu katanya pihak hospital perlu memperluas promosi dan turun padang dalam menguar-uarkan masalah tersebut agar ia dapat diketahui masyarakat.

Seramai 135 golongan ibu tunggal dan 90 anak yatim menerima sumbangan raya pada majlis itu.

 ??  ??
 ?? semalam. ?? SUMBANGAN RAYA: Awang Tengah menyerahka­n sumbangan raya kepada salah seorang penerima,
semalam. SUMBANGAN RAYA: Awang Tengah menyerahka­n sumbangan raya kepada salah seorang penerima,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia