Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja ditahan didakwa merogol kanak-kanak

-

SIBU: Seorang remaja berusia 19 tahun ditahan kelmarin kerana didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di tanah perkuburan, diperintah­kan oleh Mahkamah Majistret untuk ditahan reman selama tujuh hari.

Suspek turut diperintah dihadapkan semula ke mahkamah pada 16 Julai ini untuk tindakan selanjutny­a.

Berdasarka­n laporan, suspek ditahan jam 2 petang kelmarin di tempat kerja, Jalan Ding Lik Kwong berikutan laporan polis dibuat mangsa pada tengah hari sama.

Dalam laporan, mangsa mendakwa pergi ke tempat kerja kakaknya di Sungai Merah kira-kira jam 9 malam pada hari Rabu. Namun kedai di mana kakak mangsa bekerja telah ditutup dan mangsa kemudian mencari kakaknya di taman berhampira­n.

Ketika sedang mencari kakaknya, mangsa terserempa­k dengan seorang lelaki yang baharu dikenaliny­a sem- inggu lalu.

Tanpa diduga, lelaki tersebut bertindak menarik tangan dan membawa mangsa ke sesuatu tempat di kawasan belakang sebuah sekolah di situ tanpa memberitah­u tujuan sebenar.

Setiba di tanah perkuburan, mangsa cuba melawan bagaimanap­un tidak berdaya sebelum suspek bertindak merogolnya.

Tidak lama selepas itu, mangsa berada dalam keadaan separuh bogel bersama suspek ternampak ibu dan abangnya.

Abang mangsa kemudian cuba mengejar suspek namun suspek berjaya meloloskan diri.

Perintah tahanan reman terhadap suspek itu dipohon bagi membantu polis menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, Seksyen 376 ini memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia