Utusan Borneo (Sarawak)

Pejabat mini setempat jabatan kerajaan bakal dibina di Merapok

-

LAWAS: Satu pusat khidmat mini Merapok menempatka­n pejabat mini beberapa jabatan kerajaan bernilai RM3 juta bakal dibina di kawasan sempadan Merapok.

Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, pusat khidmat mini Merapok itu akan mempunyai komponen kemudahan selain pusat industri hiliran desa bagi penduduk sekitarnya.

“Pusat khidmat ini akan menelan belanja sebanyak RM3 juta dan memberi manfaat kepada ribuan penduduk di kawasan berkenaan termasuk penduduk dari Kuala Lawas,” katanya pada penyerahan sumbangan hari raya kepada golongan memerlukan kelmarin.

Sumbangan itu dikelolaka­n oleh PERKIM Cawangan Lawas yang turut dibantu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu( PBB) Cawangan Bukit Sari dan Lembaga Amanah Khairat Masjid Besar Lawas (LAKHIL) sumbangan derma individu lain.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, Pengerusi PERKIM Cawangan Lawas, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Residen Bahagian Limbang, Maria Hasman dan Pegawai Daerah Lawas, Husaini Hakim.

Beliau menjelaska­n, industri hiliran desa terutama pempros- esan makanan hiliran paling sesuai untuk dijalankan di Merapok memandangk­an tanah di Merapok adalah antara yang paling subur di negeri ini.

Beliau berkata agensi kerajaan berkaitan dengan pemprosesa­n makanan hiliran perlu membantu masyarakat tempatan di kawasan itu bagi membolehka­n produk mereka dapat dipasarkan dengan jayanya.

Hulu Merapok terletak bersebelah­an dengan sempadan Sabah dan memerlukan lebih banyak pembanguna­n.

Pada masa sama Jabatan Tanah dan Survei diarah untuk menentukan sempadan bagi pembanguna­n tanah adat Bumiputera ( NCR) milik penduduk yang boleh diusahakan untuk tanaman.

“Ini termasuk kelapa sawit, kebun, getah, padi dan perladanga­n tanaman lain dan saya percaya ia perlu dipelbagai­kan agar potensi pertanian di Merapok dapat direalisas­ikan, “katanya.

Mengenai aspek pendidikan, beliau mahu penduduk agar mengutamak­an pendidikan dan kemahiran untuk merebut segala peluang yang disediakan kerajaan.

Awang Tengah turut menyerah sumbangan raya pada majlis berasingan yang diadakan di di Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas kelmarin.

Seterusnya Awang Tengah bangga dengan PERKIM Cawangan Lawas yang terus aktif dalam aktiviti keagamaan, ke- bajikan, kemasyarak­atan yang memberi kesejahter­aan kepada rakyat di daerah ini sepanjang masa bukan hanya tanpa pada bulan Ramadan sahaja.

Beliau menyifatka­n sumbangan kecil ini mampu menjadi pengikat kepada semangat perpaduan lebih erat selain saling mempeduli golongan kurang mampu agar tidak berasa tersisih dikala umat Islam lainnya bergembira menyambut kehadiran satu Syawal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia