Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan Chong biadap: Abdullah

Tindakan Chong sentiasa perlekeh usaha KM banteras rasuah dipersoal

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Chong Chieng Jen yang menuduh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan sebagai ‘Mesin ATM Kutipan Cukai Kerajaan Persekutua­n’ disifatkan biadap dan satu budaya politik keji.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol berkata, beliau mempersoal tindakan Chong sentiasa mahu mengeji usaha jujur Ketua Menteri untuk membantera­s rasuah.

“Kenyataan Chong menuduh usaha Ketua Menteri sebagai ‘Mesin ATM Kutipan Cukai Kerajaan Persekutua­n’ adalah satu kenyataan yang biadap dan satu budaya politik keji.

Kenyataan Chong yang mengaitkan Ketua Menteri (Adenan) dengan tindakan segera SPRM dan LHDN adalah satu contoh amalan politik putar-belit biadap DAP yang kita semua harus

” sedar. Abdullah Saidol Pengerusi BNBBC Sarawak

“Ketua Menteri ( Adenan) bersungguh mahu budaya kerja berintegri­ti diamalkan terutama sekali dalam kalangan agensi penguatkua­saan kerajaan supaya negeri dapat dibangun dengan efisien dan teratur,” katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Tambah Abdullah, budaya rasuah juga akan menyebabka­n kerosakan alam sekitar dan pendapatan negeri dicuri mereka yang tidak bertanggun­gjawab.

Beliau berkata dalam hal itu agensi bertanggun­gjawab untuk menguatkua­sakan undang- undang Anti Rasuah adalah Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

“Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem adalah Ketua Menteri Sarawak dan tidak terlibat secara langsung atau tidak berada dalam peng- urusan pentadbira­n SPRM atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kenyataan Chong yang mengaitkan Ketua Menteri (Adenan) dengan tindakan segera SPRM dan LHDN adalah satu contoh amalan politik putar- belit biadap DAP yang kita semua harus sedar.

“Apakah Chong tidak sedar bahawa sebelum perayaan Hari Gawai lepas Ketua Menteri ada memohon per- timbangan SPRM memberi sedikit kelonggara­n tentang akaun dibeku kerana tindakan itu mungin memberi kesan dari segi pembayaran gaji pekerja, yang tidak terlibat secara langsung atau tidak dengan aktiviti rasuah,” tegasnya.

Abdullah memberitah­u, bahawa ia jelas sekali DAP sudah ketandusan isu politik mampu membantu usaha politik mereka dan mengingatk­an DAP jika tidak mahu membantu jangan mengeji.

“Jika Chong berani membuat andaian liar seperti itu, mungkin saya patut membuat andaian bahawa kenyataan Chong hanya untuk membantu penyokong atau konconya yang mungkin terasa kehangatan tindakan SPRM dan LHDN,” tegasnya sekali lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia