Utusan Borneo (Sarawak)

Soon Koh tinjau projek naik paras Jalan Assan

-

SIBU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti Dato Sri Wong Soon Koh meninjau projek menaik paras Jalan Assan menggantik­an jambatan kayu Sungai Sunga kepada jambatan konkrit dan projek Jambatan Sungai Latap, Sungai Juntan 1 & 2 dan Sungai Rongan, semalam.

Tinjauan dimulakan dengan projek menaik paras Jalan Assan sepanjang 2.1 kilometer menelan kos RM747,000 siap dalam tempoh 10 hari bermula 18 hingga 28 Jun lalu.

“Kerja-kerja menaik paras Jalan Assan setinggi dua kaki mengambil masa 10 hari. Ini merupakan kali keempat Jalan Assan dinaik paras sejak 2005,” kata Wong ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, Jalan Assan kerap kali ditenggela­mi air ketika musim hujan dan berharap siapnya projek menaik paras Jalan Assan memudahkan penduduk di kawasan terbabit.

Program kemudian diteruskan dengan meninjau projek menggantik­an jambatan kayu Sungai Sunga kepada jambatan konkrit yang bakal dilaksanak­an pada Disember ini.

“Projek jambatan konkrit sepanjang 80 meter menelan kos kira-kira RM2 juta dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2016,” ujarnya.

Manakala jambatan konkrit Sungai Latap sepanjang 117 meter dengan kos RM1.9 juta siap pada 21 April lalu, jambatan konkrit Sungai Juntan 1 sepanjang 128 meter (RM860,000) dan jambatan Sungai Juntan 2 sepanjang 69 meter (RM1.3 juta) siap pada 28 Mei 2015.

“Bagi projek jambatan konkrit Sungai Rongan sepanjang 110 meter dengan kos RM3.8 juta siap pada 15 Jun lalu,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap indvidu yang tidak bertanggun­gjawab dengan melakukan vandalisme terhadap kemudahan disediakan kerajaan.

“Tindakan mereka merosakkan papan tanda Jambatan Sungai Juntan 1 sangat mengecewak­an, memandangk­an ini adalah kemudahan disediakan kerajaan untuk rakyat,” jelasnya.

Rombongan turut disertai Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pau Kiew Chuang, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu, Tiong King Wei dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Oliver Kuo.

 ??  ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Wong (empat kiri), Tiong (dua kiri), Pau (kiri) serta yang lain meninjau projek menaik paras Jalan Assan di Sibu semalam.
KEMUDAHAN RAKYAT: Wong (empat kiri), Tiong (dua kiri), Pau (kiri) serta yang lain meninjau projek menaik paras Jalan Assan di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia