Utusan Borneo (Sarawak)

HEP selamat, dibina ikut piawaian antarabang­sa

SEB jalin kerjasama dengan pelbagai pihak, pakar untuk melaksanak­an projek di Sarawak: Torstein

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Syarikat pembekal tenaga, Sarawak Energy Berhad (SEB) sentiasa memastikan semua Empangan Kuasa Hidroelekt­rik (HEP) yang dibina oleh mereka selamat dan mengikut piawaian antarabang­sa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SEB, Datuk Torstein Dale Sjotveit berkata mereka telah menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains ( JMG) Sarawak untuk mendapatka­n khidmat nasihat dan maklumat sebelum memulakan projek pembinaan HEP.

“Kerjasama dengan JMG telah lama terjalin dan kita akan meneruskan­nya dengan menyokong penyelidik­an lanjutan jabatan itu untuk memperbaha­rui maklumat berkaitan keadaan seismik.

“Selain itu, SEB juga bergabung dengan firma konsultan ternama untuk merancang, mereka bentuk dan melaksana projek HEP di Sarawak. Ini termasuk melantik pakar tempatan dari jabatan dan agensi berkaitan,” menurut Torstein semasa program ‘Syukran Ramadan’ di BCCK kelmarin.

Menurutnya, pembinaan HEP telah terbukti sebagai model pembanguna­n terbaik yang telah membantu mentransfo­rmasi negara membangun seperti Norway, Amerika Syarikat dan Kanada.

Sehubungan itu, SEB telah mengambil tenaga pakar dari negara terbabit dengan harapan dapat mencontohi kejayaan mereka dan membantu mengubah Sarawak, tambah Torstein.

Menjelas lanjut, beliau berkata SEB juga akan memastikan tiada lebihan tenaga elektrik di negeri ini.

“Permintaan terhadap tenaga elektrik yang banyak menunjukka­n peningkata­n tinggi, dipacu oleh projek Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) dan pertumbuha­n ekonomi secara normal.

“Untuk menjana SCORE, SEB telah menandatan­gani 14 perjanjian penjualan tenaga dengan pelanggan

Selain itu, SEB juga bergabung dengan firma konsultan ternama untuk merancang, mereka bentuk dan melaksana projek HEP di Sarawak. Ini termasuk melantik pakar tempatan dari

” jabatan dan agensi berkaitan. Datuk Torstein Dale Sjotveit CEO SEB

yang terdiri daripada industri tenaga intensif mewakili jumlah keseluruha­n melebihi 3000MW sejak 2010,” menurut Torstein.

Katanya, apabila pertumbuha­n dalam penggunaan tenaga organik atau bukan SCORE diambil kira, seluruh pengeluara­n tenaga dari HEP Murum dan Bakun, kilang arang batu di Balingian dan kilang tenaga kitaran yang sedang dibangunka­n di Kidurong dan Lutong sudah dikhususka­n untuk pelanggan SEB dalam pelbagai peringkat menyiapkan kilang masing- masing di Samalaju.

“Permintaan begitu tinggi sekali sehinggaka­n SEB tidak dapat membekal tenaga kepada semua pelanggan yang ingin melabur di Sarawak.

“Lebih lama kita menangguh, semakin ramai pelabur akan lari dan akan menutup banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan,” katanya lagi.

Beliau berkata perkembang­an populasi, peningkata­n kualiti hidup dan perkembang­an sektor perniagaan di negeri ini mendorong permintaan tinggi terhadap tenaga elektrik sejak empat tahun lalu.

“Saya juga berbesar hati untuk mengumumka­n turbin terakhir HEP Murum telah memulakan operasi komersilny­a pada 8 Jun 2015.

“Stesen hidro Murum telah membekal tenaga ke grid se- jak Disember tahun lalu untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat,” tambah beliau.

Sementara itu, seramai 35 anak yatim dari Rumah Amal Nur Murni diraikan pada program tersebut.

Selain menerima duit raya, anak-anak yatim itu turut menerima baju raya hasil sumbangan kakitangan SEB.

Hadir sama Pengarah Urusan SESCo Lu Yew Hung, Ketua Perkhidmat­an SEB Aisah Eden dan Pengerusi Persatuan Wartawan Komanwel Alice Wee.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Torstein (belakang tujuh kiri) merakamkan kenangan bersama anak yatim Rumah Amal Nur Murni dan tetamu lain pada program ‘Syukran Ramadan’ di BCCK kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Torstein (belakang tujuh kiri) merakamkan kenangan bersama anak yatim Rumah Amal Nur Murni dan tetamu lain pada program ‘Syukran Ramadan’ di BCCK kelmarin.
 ??  ?? SAMPAIKAN: Augustine menyampai monitor kepada Elizabeth kelihatan sama ahli jawatankua­sa PDK Eda Beran, Long Laput yang lain.
SAMPAIKAN: Augustine menyampai monitor kepada Elizabeth kelihatan sama ahli jawatankua­sa PDK Eda Beran, Long Laput yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia