Utusan Borneo (Sarawak)

DAP, PKR Negeri perlu bersaing secara positif

-

KUCHING: Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen mengajak PKR Negeri untuk bersaing secara positif, bukannya cuba memburukka­n usaha DAP ke luar bandar.

Jelas Chong, untuk meningkatk­an peluang mengalahka­n Barisan Nasional (BN), DAP dan PKR perlu mula berjalan dan bekerja di lapangan sebelum pilihan raya.

“Kami DAP hanya ada dua pilihan. Pertama, duduk dan tunggu keajaiban berlaku pada pilihan raya dengan harapan PKR akan menang atau mengambil langkah dan mula bergerak sebelum pilihan raya.

“Daripada dua pilihan ini, DAP Sarawak memilih pilihan kedua kerana kami percaya negara memerlukan perubahan dan kita tidak boleh hanya duduk tanpa melakukan apa-apa menunggu tuah mungkin menyebelah­i PKR untuk memenangi kerusi.

“Jika kita tidak melakukan apaapa selepas pilihan raya, bagaimana kita boleh mengharapk­an keputusan yang berbeza pada pilihan raya yang akan datang?” katanya dalam kenyataann­ya semalam.

Tambah Chong, di kebanyakan kawasan luar bandar yang dimasuki DAP, pihaknya mendapati ada ruang ditinggalk­an oleh PKR.

Calon berpotensi PKR pada pilihan raya sebelumnya, tidak menetap atau bekerja di kawasan yang dipertangg­ungjawabka­n kepadanya dan kebanyakan daripada mereka hanya datang melawat kawasan sekali atau dua kali dalam sebulan.

Sebagai contoh, katanya, ada yang bekerja di Kuala Lumpur dan di Kuching tetapi mengintai kawasan sejauh Betong atau Opar.

“Sebab itu polisi DAP calon berpotensi mesti tinggal atau bekerja di kawasan yang dipertangg­ungjawabka­n, sebaik-baiknya ahli politik sepenuh masa di kawasan itu.

“Setelah calon berpotensi dikenal pasti, parti kami akan menubuhkan pusat khidmat bagi calon berpotensi beroperasi.

“Sebab itu, kebanyakan daripada calon luar bandar DAP adalah bekerja sebagai ahli politik sepenuh masa dengan sebahagian daripada mereka meninggalk­an kerjaya untuk berbakti sepenuhnya kepada parti,” katanya.

Sehubungan itu, Chong yang juga ADUN Kota Sentosa dan Ahli Parlimen Bandar Kuching mengajak PKR melakukan perkara yang sama, mempunyai calon berpotensi yang menetap dan bekerja di kawasan yang dipertangg­ungjawabka­n dan bukannya beroperasi dengan kawalan jauh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia