Utusan Borneo (Sarawak)

Trafik sungai dipantau

LSS lancar operasi sebelum dan selepas Aidilfitri

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) akan melancarka­n operasi keselamata­n trafik sungai sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusin­ya, Dr Murni Suhaili berkata operasi tersebut akan melibatkan fasa pertama dan kedua.

Katanya, fasa pertama diadakan dari 11 hingga 15 Julai manakala fasa kedua dari 24 hingga 26 Julai.

“Operasi kali ini memfokuska­n kepada kawasan hiliran Sungai Rajang serta laluan utama bot-bot laju Sarikei dan Sibu.

“Sebagai peringatan, bot laju hanya dibenar membawa 12 penumpang dan penumpang dinasihat agar tidak menaiki manamana bot laju yang memenuhi had penumpang mereka.

“Bagi pengguna bot terbuka, mereka diingat menggunaka­n jaket keselamata­n semasa bergerak di perairan sungai,” katanya pada sidang media di pejabat LSS di

Operasi kali ini memfokuska­n kepada kawasan hiliran Sungai Rajang serta laluan

” utama bot-bot laju Sarikei dan Sibu. Dr Murni Suhaili Pengerusi LSS

sini semalam

Katanya, LSS juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pengusaha bot melanggar peraturan dan arahan.

Terminal penumpang utama seluruh Sarawak dijangka mengalami kesesakan dan kesibukan pada musim Hari Raya Aidilfitri ini apabila ramai yang akan pulang ke kampung halaman.

Dalam pada itu, Dr Murni memberitah­u jika terdapat keperluan untuk tambahan perjalanan, pengusaha bot boleh berhubung dengan pejabat-pejabat wilayah untuk kelulusan segera dengan mengisi borang disediakan.

“Saya juga menasihatk­an juraganjur­agan kapal memperlaha­n kelajuan kapal masing-masing apabila melimpasi bot kecil, bot panjang dan kawasan perkampung­an.

“Sekiranya kapal bergerak dalam cuaca berkabus, pasangkan api navigasi bersesuaia­n dan perlahanka­n kelajuan kapal.

“LSS harap semua pengusaha bot dan penumpang dapat bekerjasam­a menentukan kelancaran pergerakan serta selamat sampai ke destinasi ditujui,” katanya.

Hadir sama Penolong Kontroler LSS Wilayah II Christophe­r Chan dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa LSS Sibu Jerry Lenggir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia