Utusan Borneo (Sarawak)

YMCA Sibu akan anjur lebih banyak aktiviti libatkan belia

-

SIBU: YMCA Sibu akan menganjurk­an lebih banyak aktiviti melibatkan penyertaan golongan belia dalam usaha menambah bilangan ahli kalangan generasi muda.

Presidenny­a, Temenggung Vincent Lau berkata penyertaan belia dalam YMCA memainkan peranan penting memberi sumbangan bermakna kepada pembanguna­n masyarakat.

“Kita menganjurk­an lebih banyak aktiviti melibatkan penyertaan gologan belia untuk menarik minat mereka menyertai YMCA Sibu. Ini merupakan agenda utama YMCA Sibu,” katanya pada Program Kunjungan Mesra Setiausaha Agung YMCA Hiroshima, Jepun Shoji Kamikubo di sini kelmarin.

Kamikubo dan Ahli Sokongan Kanan Pusat Komunti Global YMCA Hiroshima Takeshi Oda turut melawat ke Kem Resort YMCA Sibu di KM33, Jalan Oya.

Lau berkata, kunjungan mesra itu dilakukan untuk mengeratka­n hubungan persahabat­an antara YMCA Sibu dan YMCA Hiroshima yang terjalin sejak lebih 30 tahun lalu.

“Kamikubo melawat ke Kem Resort YMCA Sibu dan akan membantu YMCA Sibu memberi pendapat dan cadangan memastikan kem resort dapat dimanfaatk­an sebaiknya,” katanya.

Tambah beliau, Kem Resort YMCA Sibu terletak di lokasi yang strategik dan dilengkapi dengan kemudahan yang baik namun tidak dimanfaatk­an.

“Kita berharap YMCA Hiroshima dapat membantu memberi pandangan mereka untuk perubahan positif kepada Kem Resort YMCA Sibu,” jelasnya.

Kamikubo dan Oda berada di Sibu pada 8 Julai dan kembali ke Jepun pada 13 Julai ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia