Utusan Borneo (Sarawak)

Kaunselor harus beri yang terbaik

Turun padang, dengar dan berusaha tangani masalah rakyat: Dr Rayong

- Oleh Edwin Raoh

Saya berharap agar anda sentiasa turun padang untuk menyelami masalah luar bandar kerana mereka

“memerlukan bantuan kita.

ENGKILILI: Kaunselor harus memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan diwakili atas kapasiti mereka sebagai pentadbir di peringkat bawahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menjelaska­n, kaunselor perlu sedar bahawa rakyat bawah seliaan majlis adalah pelanggan yang mendambaka­n perkhimata­n terbaik dan kelas pertama.

Amanat itu disampai semasa berucap merasmikan Majlis ‘Ngiling Tikai’ 2015 anjuran Kelab Kebajikan Rekreasi dan Sukan Majlis Daerah Lubok Antu di Dewan Serbaguna MDLA di sini malam semalam.

Mereka katanya tidak harus membawa masalah peribadi ketika berkhidmat kerana ia menjadikan kita tidak fokus dalam memberikan perkhidmat­an.

“Menjadi lumrah setiap kita berdepan masalah namun harus diingat agar masalah itu ditinggalk­an di rumah kerana jika dibawa boleh menjejaska­n prestasi kerja.

“Saya berharap agar anda sentiasa turun padang untuk

Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

menyelami masalah luar bandar kerana mereka memerlukan bantuan kita,” katanya.

Jelasnya, daerah Engkilili akan terus berkembang maju di bawah pentadbira­n ahli majlis komited dengan tugas masing-masing.

Malah beliau menarik perhatian bahawa beberapa hari lepas, Menteri Kerajaan Tempatan yang juga Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh menyebut dengan jelas bahawa perkhid- matan semua ahli majlis akan dikekalkan selepas Pilihan Raya Negeri ( PRN) akan datang.

“Pada masa sama, ahli majlis gagal memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan di kawasan tadbir urus akan ditamatkan perkhidmat­annya dan menggesa agar kaunselor komited serta jujur dalam perkhidmat­an.

“Jika anda berasakan tidak berupaya memikul amanah majlis diwakili perlu berundur dengan cara hormat bagi mengelak sentimen negatif di kemudian hari,” katanya.

Katanya, menjadi harapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem melihat kawasan luar bandar maju setanding kawasan bandar menjelang tahun 2020.

Oleh yang demikian, katanya, kaunselor pasti sedar misi Adenan dan biar pekhidmata­n kaunselor dapat membantu merealisas­ikan pembanguna­n luar bandar.

Terdahulu, Dr Rayong turut menyampai simbolik penyampaia­n Sumbangan Sejambak Kasih ( MDLA Prihatin) kepada Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman serta penyampaia­n cek Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Lubok Antu merangkap Pengerusi MDLA Jack Aman Luat, Setiausaha MDLA Bilong Engkas, penghulu, para kaunselor serta tuai rumah sekitar Engkilili.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Rayong (tengah), Jack (kiri), Bilong ( kanan) bersama yang lain melakukan simbolik ‘ngiling tikai’ tanda berakhirny­a sambutan Gawai tahun ini di Dewan Majlis Daerah Engkilili malam kelmarin.
SIMBOLIK: Dr Rayong (tengah), Jack (kiri), Bilong ( kanan) bersama yang lain melakukan simbolik ‘ngiling tikai’ tanda berakhirny­a sambutan Gawai tahun ini di Dewan Majlis Daerah Engkilili malam kelmarin.
 ??  ?? BUBUR LAMBUK: Abang Johari (tengah) menguar bubur lambuk sebagai simbolik perasmian. Turut kelihatan Sardon (kiri) dan Dr Abdul Rahman (dua kanan).
BUBUR LAMBUK: Abang Johari (tengah) menguar bubur lambuk sebagai simbolik perasmian. Turut kelihatan Sardon (kiri) dan Dr Abdul Rahman (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia