Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS turun padang perjelas dasar diragui rakyat selepas Aidilfitri

-

KUCHING: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) akan turun padang untuk menjelaska­n beberapa dasar kerajaan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Presidenny­a Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, antara dasardasar kerajaan yang diragui oleh rakyat serta perlu diperjelas­kan ialah pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkuat kuasa April 2015.

Jelas Abang Johari, rakyat khasnya di luar bandar menganggap GST sebagai sesuatu yang membebanka­n namun pada masa yang sama mereka tidak mengetahui akan adanya pendekatan yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangk­an beban rakyat.

“Meskipun rakyat berasa terbeban oleh GST namun kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi membantu memberi penjimatan kepada rakyat di negeri ini.

“Antaranya, penurunan tarif elektrik, penghapusa­n kadar tol serta pengecuali­an GST bagi khidmat majlis berkuasa tempatan.

“Ini adalah antara perkara yang harus diperjelas­kan kepada rakyat dan SABER- KAS akan mula turun padang selepas raya ini dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk dan Bubur Pedas di pekarangan Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak, Jalan Diplomatik di sini semalam.

Majlis tersebut merupakan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Islam ( BKKI) dan Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.

Pada majlis itu, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pelanconga­n turut menyampaik­an sumbangan kepada 10 orang anak-anak yatim dari SMK Bako.

Abang Johari seterusnya mengagihka­n bubur lambuk dan bubur pedas kepada jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia serta para penaja yang terdiri daripada SABERKAS, BERNAS, Bank Rakyat dan Persatuan Al-Islah Sarawak.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Abang Sardon Abang Hashim, Setiausaha Agung SABERKAS Dr Abdul Rahman Junaidi serta lain-lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia