Utusan Borneo (Sarawak)

SEB tawar 50 biasiswa kepada pelajar cemerlang, aktif dalam aktiviti luar

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) kini menawarkan 50 biasiswa kepada pelajar cemerlang dan aktif dalam aktiviti luar.

Naib Presiden SEB Siti Aisah Adenan berkata pada tahun lepas tawaran itu mendapat ratusan permohonan dan selepas tapisan, sejumlah 30 dipilih dengan dana RM1.35 juta.

“Permohonan diterima daripada mereka yang berlatarbe­lakangkan bidang teknikal dan bukan teknikal.

“Kami menjangka akan menerima permohonan lebih kurang sama atau lebih banyak pada tahun ini,” katanya menerusi kenyataan kelmarin.

Menerusi program itu, SEB akan membiayai yuran tuisyen dan peperiksaa­n di peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang teknikal dan bukan teknikal di kolej-kolej yang diiktiraf di Malaysia.

Program biasiswa SEB bertujuan melengkapk­an usaha kerajaan negeri bagi memastikan tenaga kerja tempatan mencukupi untuk Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Permohonan yang layak ialah diploma dan ijazah sarjana muda sama ada dalam kejurutera­an/sains atau bukan kejurutera­an.

Kategori kejurutera­an dan sains merangkumi Elektrikal Tenaga, Mekanikal, Hidrologi, Geologi, Sains Alam Sekitar dan Pengurusan, Alam Sekitar, Telekomuni­kasi dan Awam atau lainlain.

Bidang bukan teknikal pula merangkumi Keselamata­n, Perundanga­n, Ukur Bahan, Kewangan, Perakaunan, Audit Dalaman, Komunikasi, Teknologi Maklumat, Sumber Manusia, Seni dan lain-lain.

Maklumat lanjut mengenai syarat dan borang permohonan boleh didapati dengan melayari www.sarawakene­rgy. com. my/ index. php/ scolarship. Orang ramai juga boleh menghubung­i 082309428.

Tarikh tutup permohonan ialah 31 Julai 2015. Mereka yang lulus tapisan akan ditemu duga pada September 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia