Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Islam perlu hormati Ramadan

Kedai peniaga bukan Islam antara lokasi mereka yang tidak berpuasa makan, minum

- Oleh Rusnan Mustafa

Setakat ini (8 Julai) seramai 78 individu Islam kebanyakan berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an telah ditangkap tidak menghormat­i bulan Ramadan kerana makan di tempat

” terbuka (awam) seperti kedai makan.

KUCHING: Kedai milik peniaga bukan Islam antara lokasi pilihan masyarakat Islam yang tidak berpuasa untuk makan, minum dan merokok.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kebanyakan individu Islam yang tidak berpuasa ditangkap di kedai makan kerana makan, minum dan merokok di khalayak ramai dan tidak menghormat­i bulan Ramadan.

Namun, beliau memberitah­u setakat ini tiada peniaga Islam yang terlibat dalam memberi atau membenarka­n pelanggan Islam makan dan minum di premis mereka.

“Setakat ini (8 Julai) seramai 78 individu Islam kebanyakan berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an telah ditangkap tidak menghormat­i bulan Ramadan kerana makan di tempat terbuka (awam) seperti kedai makan.

“Buat masa ini, tiada peniaga kita (Islam) ditangkap kerana memberi dan membenarka­n pelanggan Islam makan atau minum di premis mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Khatam Al- Quran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Pejabat Majlis Islam Sarawak ( MIS) di Dewan MIS, Kompleks Islam Sarawak di sini malam kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai jumlah tangkapan itu, Daud menjelaska­n Samarahan mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu 17 orang, diikuti Kuching 14 orang, Sarikei (10), Bintulu (8), Miri (7), Limbang (7), Mukah (6), Sibu (4), Sri Aman (3) dan Betong (2).

Tambahnya, daripada 78 individu yang ditangkap, 26 daripadany­a adalah warga asing yang bekerja di negeri ini.

Menurutnya lagi, empat individu yang telah ditangkap iaitu dua di Kuching dan dua lagi di Sri Aman dijangka akan didakwa di Mahkamah Syariah sebelum berakhirny­a Ramadan.

“Kita bimbang jumlah orang Islam yang tidak menghormat­i bulan Ramadan ini akan meningkat berbanding tahun lepas yang mencatatka­n 81 kes kerana masih ada beberapa lagi yang tinggal.

“Justeru, saya amat berharap masyarakat Islam yang tidak berpuasa tidak makan dan minum atau merokok di khalayak ramai, hormatilah orang Islam yang berpuasa,” katanya.

Selain tangkapan individu Islam yang tidak berpuasa, JAIS berjaya menahan masyarakat Islam yang terlibat dalam perjudian semasa Ops Ramadan dijalankan.

Setakat ini tiga orang telah didakwa dan dihukum di Mahkamah Rendah Syariah atas kesalahan itu iaitu melibatkan seorang warga asing di Miri didenda RM100.

Manakala selebihnya di Sibu melibatkan juga seorang warga asing dipenjara 50 hari kerana gagal membayar denda dan seorang warganegar­a didenda RM500.

 ??  ?? KHATAM BERAMAI-RAMAI: Daud bersama-sama tetamu kehormat lain membaca al-Quran pada majlis khatam al-Quran di Dewan Majlis Islam Sarawak, kelmarin.
KHATAM BERAMAI-RAMAI: Daud bersama-sama tetamu kehormat lain membaca al-Quran pada majlis khatam al-Quran di Dewan Majlis Islam Sarawak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia