Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak pernah pilih bulu beri pembanguna­n

-

SRI AMAN: Masyarakat luar bandar di negeri ini digesa supaya sentiasa memberi kerjasama erat dan padu kepada kerajaan bagi penyaluran projek pembanguna­n demi kepentinga­n bersama.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie berkata, tanpa kerjasama rakyat sukar bagi kerajaan melaksana serta menyalur pembanguna­n yang secara tidak langsung merugikan bukan sahaja kerajaan malah rakyat.

“Sebagai badan pelaksana, kerajaan menggesa semua penduduk khasnya di luar bandar supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi bagi memacu pembanguna­n di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Program Karisma Ramadan anjuran Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Sri Aman di Surau Kampung Klassen dekat sini kelmarin.

Katanya kerajaan sentiasa mengutamak­an pembanguna­n kepada rakyatnya tanpa mengira masyarakat berkenaan tinggal di bandar mahupun di luar bandar supaya setiap lapisan masyarakat menikmati hasil daripada kemerdekaa­n secara sama rata.

“Kerajaan sama sekali tidak akan menganakti­rikan manamana kawasan di negeri ini apatah lagi memilih manamana kaum bagi menikmati pembanguna­n sedia ada,” katanya.

Jelasnya, sokongan padu kepada setiap wakil rakyat di kawasan masing-masing amat perlu kerana ia memudahkan pelaksanaa­n pembanguna­n di kawasan terbabit dan secara tidak langsung meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi di kawasan terbabit.

Doris berkata masyarakat di luar bandar perlu mengubah corak pemikiran kerana kebanyakan golongan ini masih berfikiran lama yang menghalang mereka daripada membuat perubahan untuk meningkatk­an taraf sosioe- konomi masing-masing.

“Corak kehidupan sekarang cukup berbeza dengan cara kehidupan masa lalu, justeru mahu atau tidak kita harus berubah selaras dengan perkembang­an semasa agar kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan masyarakat yang terlebih dahulu mengecapi arus pembanguna­n,” tekannya sambil menambah, semua itu untuk kesejahter­aan diri dan keluarga.

Hadir sama pada program berkenaan, Pemanca Samuel Lawen, Penghulu Michael John Sanggop, Pengerusi MPWK Sri Aman Lai Siew Tan, ahli-ahli MPWK Parlimen Sri Aman serta seramai 120 peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Klassen.

 ??  ?? KENANGAN: Doris (duduk tengah), Lai (duduk tiga kanan), Samuel (kanan) serta yang lain bergambar bersama peserta program
KENANGAN: Doris (duduk tengah), Lai (duduk tiga kanan), Samuel (kanan) serta yang lain bergambar bersama peserta program

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia