Utusan Borneo (Sarawak)

Fungsi penjara kini berubah

Penghuni hasil pelbagai jenis produk bernilai RM28 juta

- Oleh Mohd Achil Norrlatep

MIRI: Jabatan Penjara Malaysia (JPM) sehingga kini telah berjaya mengeluark­an pelbagai jenis produk mencecah nilai RM28 juta hasil kerjasama penghuni tirai besi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, institusi itu telah berubah menjadi menjadi salah satu institusi koreksiona­l dan berlainan berbanding peranannya sebelum ini.

“Sama ada sedar atau tidak, penjara sebenarnya berubah peranan terutamany­a dalam mendidik penghuni dalam tirai besi itu menjadi lebih berguna kepada negara,” katanya dalam satu majlis iftar bertempat di Penjara Pusat Miri malam kelmarin.

Menurutnya, penjara memainkan peranan lebih besar merubah penghuniny­a kerana ia bukan hanya berfungsi sebagai penjara semata-mata. Sebagai contoh, jelasnya, pelbagai latihan dan kemahiran disedia kepada penghuni sebelum mereka dilepas keluar bersama masyarakat.

“Malah, kini terdapat go- longan penghuni penjara terdiri daripada golongan bijak pandai mempunyai kelulusan program di peringkat diploma, ijazah serta master.

“Dan kini kita turut mengadakan perbincang­an dengan pihak universiti mengadakan program peringkat doktor falsafah (PhD),” ujarnya.

Sementara itu, beliau mengharapk­an institusi pen- jara menjadi lebih baik dan dinamik dari masa ke masa.

Pada majlis itu, sumbanan duit raya turut diberi kepada pesara JPM, anak-anak yatim serta peserta tadarus al-Quran.

Solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih turut ditunaikan bersama-sama hadirin dalam majlis berkenaan.

Turut hadir pada majlis adalah Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Sri Komisioner Jeneral Penjara Zulkifli Omar, Pengarah Penjara Sarawak Timbalan Komisioner Penjara Abd. Kadir Rais, Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat, Pengarah Imigresen Sarawak Datuk Robert Lian, Pemangku Ketua Polis Daerah Miri Supt Stanley Jonathan Ringgit dan kenamaan-kenaman lain.

Sama ada sedar atau tidak, penjara sebenarnya berubah peranan terutamany­a dalam mendidik penghuni dalam tirai besi itu menjadi lebih berguna

” kepada negara. Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri Dalam Negeri

 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Wan Junaidi (baris belakang, tengah) bersama yang lain dalam sesi fotografi bersama anak-anak yatim pada majlis tersebut.
RAKAM KENANGAN: Wan Junaidi (baris belakang, tengah) bersama yang lain dalam sesi fotografi bersama anak-anak yatim pada majlis tersebut.
 ??  ?? TANDA INGATAN: Jonathan (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Misnu (empat kanan) sambil diperhatik­an oleh Ismawie (tiga kanan) serta yang lain.
TANDA INGATAN: Jonathan (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Misnu (empat kanan) sambil diperhatik­an oleh Ismawie (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia