Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat Engineerin­g sumbang RM30,000 kepada Masjid An-Nur

-

SIBU: Syarikat Engineerin­g Sdn Bhd menyumbang­kan sejumlah M30,000 kepada Masjid An-Nur Sibu bagi membantu membangunk­an makmal komputer dan perpustaka­an masjid itu kini masih dalam proses pembinaan.

Sumbangan dalam bentuk cek disampaika­n pengurus besarnya, Dzulkarnea­n Ahmad kepada Pengerusi Masjid An-Nur, Latiff Coupon di sini Selasa lalu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee.

Dzulkarnea­n berkata, program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) itu merupakan pertama kali diadakan oleh HCM sejak konsesi 15 tahun berada di Sibu.

“Selain program CSR, kita merancang Hari Raya Korban akan datang, kita juga mengadakan program bergotongr­oyong bersama-sama penduduk kampung.

“Mungkin kita adakan di masjid ini atau di kawasan lain, tetapi masih dalam perancanga­n,” katanya ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan itu.

Sementara itu, Latiff mengu- capkan terima kasih kepada HCM atas sumbangan bagi membantu membangunk­an makmal komputer dan perpustaka­an Masjid An-Nur.

“Sumbangan itu untuk melengkapk­an makmal komputer dan perpustaka­an dijangka siap dalam masa terdekat.

“Setakat ini kita hanya mempunyai 14 unit komputer. Oleh itu, sumbangan orang ramai masih diperlukan untuk melengkapk­an kemudahan makmal komputer dan perpustaka­an kami,” katanya.

 ??  ?? UNTUK MASJID: Dzulkarnea­n (empat kiri) menyampaik­an cek bernilai RM30,000 kepada Latiff sementara disaksikan Dr Annuar (lima kiri) dan yang lain di Sibu semalam.
UNTUK MASJID: Dzulkarnea­n (empat kiri) menyampaik­an cek bernilai RM30,000 kepada Latiff sementara disaksikan Dr Annuar (lima kiri) dan yang lain di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia