Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen keselamata­n musim perayaan galak pengguna jalan raya lebih waspada

-

BETONG: Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Bahagian Betong sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri diadakan bagi menggalak pengguna jalan rayan supaya lebih berhati- hati dengan mengamal pemanduan berhemah.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Negeri Sarawak, Fauziah Jamil, katanya, program dianjur memberi peringatan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutama keselamata­n ketika di jalan raya dan mengamal pemanduan berhemah dan selamat.

“Kita sentiasa memberi penekanan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan memberi mereka nasihat supaya sentiasa memakai tali pinggang keselamata­n baik di hadapan mahupun di tempat duduk belakang.

“Selain itu, pelbagai lagi aspek keselamata­n lain yang harus dipatuhi,” katanya se- masa ditemui pemberita pada Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Bahagian Betong dekat sini kelmarin.

Menurutnya, kempen kerap kali dianjur seluruh Sarawak setiap kali musim perayaan dan ia tidak terhad kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri sahaja malah dalam perayaan lain juga, mereka turut mengada kempen dan turun padang.

Fauziah turut menjelaska­n sekiranya semua aspek keselamata­n dipatuhi, ia dapat mengurangk­an risiko kemalangan jalan raya di Bahagian Betong ini.

Dalam pada itu kempen yang dianjurkan bersama Pejabat Residen Bahagian Betong, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Bahagian Betong dan Pejabat Kesihatan Betong kali ini merupakan usaha memberi kesedaran awal memberi peringatan kepada penggguna jalan raya ketika berada di jalan raya.

Sementara itu, bagi Timbalan Residen Bahagian Betong, Sebi Abang memberitah­u bahawa kempen keselamata­n jalan raya seringkali mendapat sokongan padu banyak pihak khususnya agensi kerajaan di Betong.

Menurutnya melalui kempen ini, ia diharap mampu untuk mendidik rakyat supaya lebih memahami tentang kepengguna­an jalan raya, peraturan, kesedaran termasukla­h semua aspek keselamata­n tidak mengira faktor usia.

“Kita sebenarnya sangat bertuah kerana mendapat kerjasama dan sokongan yang cukup baik daripada agensi seperti JKJR, PDRM, JPJ malah semua agensi kerajaan,” katanya.

Dalam majlis itu sebanyak 30 pasang jaket keselamata­n, 10 topi keledar dan 200 beg cenderahat­i berserta risalah keselamata­n turut diedarkan kepada pengguna jalan raya.

 ??  ?? KHIDMAT MASYARAKAT:
KHIDMAT MASYARAKAT:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia