Utusan Borneo (Sarawak)

Alumni SMK Binatang 79-80 bantu bekas rakan menghidap Parkinson

-

KUCHING: Selepas 34 tahun tidak bertemu, bekas pelajar Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Binatang (kini dikenali SMK Meradong) tahun 19791980 melalui kelab alumni mengimarah bulan Ramadan dengan menziarahi salah seorang bekas rakan sekelas yang menghidap penyakit Young Damesia Parkinson.

Jurucakap Alumni SMK Binatang 1979-1980, Ahmad Dikoh menjelaska­n, rakan mereka Salleh Sepawi menghidap Parkinson sejak dua tahun lalu dan memerlukan bantuan kerana tidak berupaya untuk bekerja lagi.

“Hasil wang kutipan rakanrakan sebanyak RM2,700 diharap sedikit sebanyak menceriaka­n Salleh dan keluarga menjelang Aidilfitri minggu depan. Kami akan berusaha untuk mencari jalan, membantu beliau lagi,” katanya di sini, semalam.

Katanya, selepas ini mere- ka merancang mengadakan pertemuan dan berbincang mengenai pengisian alumni untuk memberi lebih banyak manfaat dan kebaikan kepada ahlinya kelak.

Jelas Ahmad, alumni yang dipengerus­i pengelola oleh Yahya Wahid dan Mariah Lilek itu akan mengumpul lebih banyak bekas rakanrakan sekelas bagi tahun berkenaan untuk membentuk jawatankua­sa baharu.

“Kami merancang menubuh alumni yang boleh memberi kesan dan manfaat kepada rakan-rakan. Bukan sekadar alumni berjumpa semula dan kemudian masing-masing berpisah.

“Kami mahu membantu rakan-rakan yang memerlukan. Diharap selepas pertemuan dengan Salleh dan keluarga, alumni yang kami rancang akan mencapai objektif penubuhann­ya,” katanya.

 ??  ?? BANTU: Salleh Sepawi penghidap penyakit Young Damesia Parkinson menerima sumbangan bantuan Aidilfitri daripada Alumni SMK Binatang tahun 1979-1980 di kediamanny­a semalam. Mewakili rakan (dari kanan) Laila Asenan, Ibrahim Pahlawan, Ahmad Dikoh, Mas...
BANTU: Salleh Sepawi penghidap penyakit Young Damesia Parkinson menerima sumbangan bantuan Aidilfitri daripada Alumni SMK Binatang tahun 1979-1980 di kediamanny­a semalam. Mewakili rakan (dari kanan) Laila Asenan, Ibrahim Pahlawan, Ahmad Dikoh, Mas...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia