Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar kemalangan jalan raya di Sarawak meningkat

Kes maut meningkat lima peratus kepada 163 sehingga Mei

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak sepanjang Januari hingga Mei tahun ini meningkat iaitu 7,756 kes berbanding 7,312 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin berkata, daripada jumlah itu sebanyak 163 kes maut dilapor berbanding 155 kes maut pada tahun lepas iaitu peningkata­n sebanyak lima peratus.

“Daripada jumlah keseluruha­n bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, Kuching mencatat jumlah kemalangan tertinggi iaitu 1,873 kes diikuti Miri (1,448) diikuti Sibu (1,002) dan Bintulu (869).

“Sebanyak 65 peratus daripada faktor kemalangan itu berpunca kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Justeru, saya menasihat pengguna agar membudayak­an keselamata­n jalan raya dan mengutamak­an keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Negeri sempena Hari Raya 2015 di Stesen Minyak Shell, Permyjaya semalam.

Kempen bertemakan ‘Nyawa Dihargai, Selamat Ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai’ dianjurkan oleh Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Sarawak dengan

Daripada jumlah keseluruha­n bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, Kuching mencatat jumlah kemalangan tertinggi iaitu 1,873 kes diikuti Miri (1,448)

” diikuti Sibu (1,002) dan Bintulu (869). Datuk Lee Kim Shin Timbalan Menteri Perhubunga­n

kerjasama Majlis Keselamata­n Jalan Raya Sarawak, JKJR Miri, pejabat Residen Bahagian Miri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Bandaraya Miri dan Sarawak Shell Berhad.

“Pengguna jalan raya perlu mengamal sikap lebih ber- hati- hati dan berwaspada semasa berada di jalan raya selain lebih peka kepada faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya tragedi kemalangan maut.

“Pengguna jalan raya juga disaran supaya lebih bertimbang rasa antara satu sama lain kerana setiap kali musim perayaan lebih banyak kenderaan berada atas jalan raya pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.

Pada kempen sama, Lee turut mengagih helmet, risalah dan barangan ‘goodies’ serta memberikan nasihat secara lisan yang berguna kepada pengguna jalan raya.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Lee menyampaik­an hamper kepada salah seorang pengguna jalan raya sempena pelancaran Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Negeri sempena Hari Raya 2015 di Stesen Minyak Shell, Permyjaya semalam.
SAMPAIKAN: Lee menyampaik­an hamper kepada salah seorang pengguna jalan raya sempena pelancaran Kempen Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Negeri sempena Hari Raya 2015 di Stesen Minyak Shell, Permyjaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia