Utusan Borneo (Sarawak)

Nzonzi bakal beraksi bersama Sevilla

-

LONDON: Bekas pemain antarabang­sa Bawah 21 Perancis Steven Nzonzi mengesahka­n penghijrah­an ke kelab juara bertahan dua kali Liga Europa Sevilla pada Khamis lepas dan kelabnya dalam Liga Perdana Inggeris Stoke City menerima rekod 7 juta pound (RM38.5 juta) dalam proses tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu menandatan­gani kontrak selama empat tahun bersama kelab Sepanyol tersebut, yang termasuk klausa beli keluar bernilai 30 juta euro (RM135 juta).

Yuran perpindaha­n tertinggi yang diterima oleh Stoke sebelum ini adalah 4.5 juta pound (RM24.8 juta) daripada kelab Bundesliga Wolfsburg untuk Tuncay Sanli pada 2011.

“Kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Steven dan mendoakan yang terbaik untuknya,” satu kenyataan dari Stoke menyebut.

Pengurus Stoke Mark Hughes menyatakan Rabu lepas, walaupun mereka cuba sedaya upaya, Nzonzi tidak dapat dipujuk untuk terus bermain bersama kelabnya dan oleh kerana itu Sevilla diberi kebenaran untuk berbincang dengannya.

Penjualann­ya merupakan urusan niaga yang baik bagi Stoke kerana mereka menandatan­ganinya dengan hanya 3 juta pound (RM16.5 juta) sahaja tiga tahun lepas dari Blackburn Rovers.

Sejak itu Nzonzi, yang menyertai Rovers dari kelab Amiens di Perancis pada 2009, sudah bermain 120 kali untuk Stoke tetapi sudah lama hendak meninggalk­an mereka selepas dia memohon perpindaha­n pada 2013 dan sekali lagi pada 2014. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEDIA BERAKSI: Pemain baharu Sevilla Nzonzi
memberikan ‘pose’ semasa sesi pengenalan di Stadium Sanchez Pizjuan
di Sevilla.
— Gambar AFP SEDIA BERAKSI: Pemain baharu Sevilla Nzonzi memberikan ‘pose’ semasa sesi pengenalan di Stadium Sanchez Pizjuan di Sevilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia