Utusan Borneo (Sarawak)

Bastian ‘berbangga’ dengan tawaran dari Manchester United terhadapny­a

-

BERLIN: Bastian Schweinste­iger ‘berbangga’ dengan minat Manchester United terhadapny­a, menurut pengerusi Bayern Munich Karl-Heins Rummenigge, ketika kapten Jerman itu menimbang penghijrah­an ke England.

“Saya telah berbual menerusi telefon dengannya sejak beberapa hari yang lalu dan saya merasakan dia berbangga dengan minat dari England,” kata Rummenigge pada Khamis lepas.

“Marilah kita tunggu dan lihat apa yang berlaku.”

Schweinste­iger, 30 tahun, ada baki setahun lagi dalam kontraknya bersama Bayern dan dilaporkan telah menerima tawaran untuk menyertai Manchester United dan jurulatih pasukan Red Devils Louis van Gaal juga berharap untuk menandatan­gani Sergio Ramos dari Real Madrid.

Schweinste­iger sudah menghabisk­an tempoh sejak 17 tahun lalu di Bayern dan pemenang Piala Dunia itu baharu sahaja memenangi kejuaraan liga Jermannya yang kelapan selepas menjadi anggota pasukan yang memenangi kejuaraan ‘treble’ pada 2013 iaitu Liga Juara-Juara, Bundesliga dan piala Jerman.

Rummenigge berkata dia akan duduk dengan Schweinste­iger untuk membincang­kan masa depannya dalam tempoh beberapa minggu akan datang tetapi pengarah sukan Matthias Sammer dan jurulatih Pep Guardiola menyatakan hanya pemain tengah defensif itu sahaja yang dapat menentukan masa depannya.

Pengerusi Bayern enggan mengulas sama ada kelab gergasi Bavaria itu ada atau tidak membida pemain antarabang­sa Argentina di United, Angel di Maria.

Namun satu perkara yang dapat “dinafikan sepenuhnya” oleh Rummenigge ialah Bayern menimbang untuk menukar Schweinste­iger dengan Di Maria.

Rummenigge juga berkata Guardiola akan menghabisk­an tahun terakhir dalam kontraknya bersama Bayern.

“Ada kemungkina­n besar iaitu selepas 30 Jun 2016 dia akan kekal sebagai jurulatih Bayern Munich,” katanya. — AFP

 ??  ?? SCHWEINSTE­IGER
SCHWEINSTE­IGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia