Utusan Borneo (Sarawak)

MotoGP: Rossi tekad tawan litar Sachsenrin­g

-

adalah peringkat akhir, kemudian saya akan pulang dan bersiap sedia untuk kejohanan dunia,” kata Gatlin.

“Tidak ada mesej untuk Usain, saya hanya keluar dan mencuba dan mendominas­i.” Penampilan julung kali yang dramatik pada musim ini berlaku dalam acara 5,000 meter lelaki bagi Farah, juara dunia berganda dan Olimpik, perlumbaan pertamanya sejak dakwaan doping dibuat terhadap jurulatihn­ya Alberto Salazar.

Farah berlari dengan tenang untuk memecut dan mempamerka­n larian yang unggul pada pusingan terakhir dari jarak 80 meter ke garisan penamat untuk menewaskan Yomif Kejelcha dari Habsyah.

“Kemenangan ini juga satu cara untuk menjawab segelintir pengkritik jurulatih saya yang dibuat kebelakang­an ini,” kata Farah yang emosional.

Dakwaan yang dibuat oleh BBC Panorama dan laman sesawang siasatan di Amerika Syarikat (AS) ProPub- lica menyebut Salazar melanggar peraturan doping dengan memberi testostero­n kepada pelari jarak jauh Amerika Galen Rupp pada 2002 ketika Rupp – seorang rakan latihan Farah – hanya berusia 16 tahun sahaja, selain menggalakk­an penyalahgu­naan ubat preskripsi.

Salazar menolak dakwaan itu dan Farah tidak dituduh melakukan sebarang kesalahan, menegaskan dia “100 peratus bersih” dan mengalu-alukan siasatan seterusnya oleh agensi anti-doping dari Britain dan AS untuk membantu membersihk­an namanya.

“Tempoh beberapa minggu yang lalu adalah sukar bagi keluarga saya dan semua orang lain. Namun apakah yang kita dapat lakukan? Kita hanya mahu berlari dan itulah apa yang saya lakukan dan saya seronok,” kata Farah. — AFP SACHSENRIN­G: Legenda lumba motosikal Itali Valentino Rossi pergi ke litar Sachsenrin­g untuk MotoGP Jerman pada Ahad ini dengan matlamat untuk mencatatka­n kemenangan pertamanya di litar terkenal itu sejak 2009 dan mengambil satu lagi langkah ke arah memenangi kejuaraan dunia ke-10 dalam semua kategori.

Penunggang Yamaha berusia 36 tahun yang bersemanga­t itu kembali kepada prestasi tertinggi dua minggu lalu apabila dia menang dalam pertarunga­n yang mengujakan dengan juara dunia bertahan Marc Marquez dalam MotoGP Belanda dan menamatkan siri kemenangan rakan sepasukan Jorge Lorenzo dalam empat perlumbaan berturut-turut.

Kemenangan itu memberi Rossi kemenangan­nya yang ketiga pada musim ini dan kelebihan 10 mata ke atas Lorenzo ketika dia mengejar mahkota MotoGP ketujuhnya.

Rossi mungkin tidak pernah di litar Sachsenrin­g sejak 2009 – kemenangan terakhir dalam empat kemenangan­nya di perlumbaan di sana – tetapi dia menduduki tempat keempat di sini pada tahun lepas dan menaiki podium di tempat ketiga pada 2013.

“Saya sudah bersedia untuk Sachsenrin­g dan akan memulakan perlumbaan pada hujung minggu ini dengan fikiran yang tenang,” kata Rossi.

“Memiliki kelebihan 10 mata selepas lapan perlawanan adalah tidak teruk, sekarang kami pergi ke Jerman dan ia pasti sangat penting untuk mengesahka­n semula betapa kompetitif­nya kami.

“Marquez kemungkina­n akan berada di atas sana dalam beberapa perlumbaan seterusnya dan kami mesti berhati-hati dengannya.

“Di Sachsenrin­g, matlamat pertama saya adalah untuk bekerja seperti apa yang kami telah lakukan di Belanda, bermula dari latihan bebas pertama.”

Lorenzo pasti ingin bangkit dari Assen, di mana dia menduduki tempat ketiga, dan memburu kemenangan pertamanya di Sachsenrin­g selepas menduduki tem- pat kedua sebanyak empat kali dan satu tempat ketiga pada 2014.

Litar Jerman itu adalah satu daripada hanya tiga litar sahaja dalam kalendar semasa yang belum dimenangi pelumba Sepanyol itu tetapi dia telah menaiki podium dalam lima edisi terakhir.

“Dalam teori, Sachsenrin­g adalah litar lebih buruk bagi kami berbanding Assen. Ia tidak pernah sesuai bagi motosikal Yamaha pada masa lalu, jadi ia adalah litar yang sangat mencabar,” kata Lorenzo.

“Saya tidak pernah menang di Jerman, jadi saya ingin sekali naik ke tangga teratas sekurangku­rangnya sekali.”

Marquez dari pasukan Honda pasti mahu membalas dendam di Jerman, selepas dia tewas kepada Rossi dalam perlumbaan terakhir di Assen.

Juara dunia bertahan itu dipercayai sudah mendapatka­n semula sedikit keyakinan dengan menggunaka­n motosikal hibrid yang diperbuat daripada rangka 2014 dengan enjin dan elektronik pada tahun ini, yang menurutnya memberi lebih banyak margin kesilapan kepadanya.

Marquez mungkin ketinggala­n 74 mata di belakang Rossi dalam kedudukan carta, tetapi dia masih dapat memainkan peranan penting dalam menentukan kesudahan kejuaraan pada tahun ini, seperti apa yang dia tunjukkan di Belanda. — AFP

Tidak ada mesej untuk Usain, saya hanya keluar dan mencuba

” dan mendominas­i. Justin Gatlin Pelari pecut AS

 ??  ?? ROSSI
ROSSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia