Utusan Borneo (Sarawak)

Serena sedia tumpaskan Muguruza

-

LONDON: Serena Williams menegaskan dia tidak peduli tentang mencipta sejarah walaupun pemain nombor satu dunia itu dapat menggilapk­an lagi warisannya dengan kemenangan ke atas Garbine Muguruza dalam perlawanan akhir Wimbledon pada malam ini (Sabtu).

Seakan-akan memenangi kejuaraan Wimbledon keenam dan kejohanan utama ke-21 dalam kariernya tidak memadai untuk menggarisk­an tauliah Williams sebagai salah seorang legenda sepanjang zaman, dia ada beberapa pencapaian lain yang dapat ditandingi­nya dalam perlawanan akhir Grand Slamnya yang ke-25.

Selepas menumpaska­n Maria Sharapova untuk mara ke peringkat akhir Wimbledonn­ya yang kelapan, Serena, yang memiliki rekod 38-1 yang menakjubka­n pada 2015, memerlukan hanya satu kemenangan lagi untuk memegang keempat-empat kejuaraan utama dalam masa yang sama – satu pencapaian unik yang dia kali terakhir dapat lakukan pada 2002-03.

Kemenangan ke atas finalis kejutan Muguruza juga akan menjadikan warga Amerika berusia 33 tahun itu wanita pertama yang memenangi Terbuka Perancis dan Wimbledon berturut-turut sejak dia kali terakhir memenangi kejuaraan berganda itu pada 2002.

Mungkin paling signifikan sekali, menjulang Venus Rosewater Dish buat pertama kali sejak 2012 bermakna Serena hanya perlu mempertaha­nkan kejuaraan Terbuka AS untuk menjadi wanita pertama sejak Steffi Graf pada 1988 yang memenangi kalendar Grand Slam.

Namun daripada bercakap mengenai kemungkina­n yang dapat menentukan warisannya itu, Williams menjelaska­n sebab tunggal kenapa dua berada dalam kedudukan yang begitu istimewa adalah kerana dia tidak lagi risau tentang tempatnya dalam dewan legenda tenis.

Walaupun segan untuk bercakap mengenai pencapaian­nya, Serena mengakui kejayaanny­a didorong oleh sisi diri yang sangat kompetitif dan enggan pudar walaupun pada usia ketika ramai daripada seteru-seterunya sudah lama bersara.

Williams, wanita pertama yang mara ke peringkat akhir keempat-empat kejohanan utama berturut-turut sejak Justine Henin pada 2006, adalah pilihan yang ketara untuk menewaskan Muguruza, yang tampil buat julung kalinya dalam perlawanan akhir Grand Slam dan memenangi hanya satu sahaja kejuaraan peringkat jelajah berbanding 67 bagi Serena.

Namun Williams hanya perlu mengingati kekalahann­ya yang mengejutka­n kepada Muguruza di Terbuka Perancis pada tahun lepas untuk memastikan dia tidak bersikap sambil lewa.

Kemenangan Muguruza dalam tiga set yang tegang ke atas pemain pilihan ke-13 dari Poland Agnieszka Radwanska pada peringkat separuh akhir menjadikan­nya wanita Sepanyol pertama yang mara ke peringkat akhir Wimbledon sejak Arantxa SanchezVic­ario pada 1996.

Conchita Martinez merupakan juara wanita Sepanyol terakhir pada 1994 dan pemain berusia 21 tahun itu memberitah­u dia mendapat inspirasi bagi mengatasi rasa tidak sukanya untuk bermain di atas rumput menerusi perbualan yang kerap dengan rakan senegarany­a itu.

Muguruza, yang dilahirkan di Venezuela dan dibesarkan di Barcelona, berkata menewaskan Serena dengan kekalahan dalam empat permainan sahaja di Paris, menunjukka­n dia tidak ada sebab untuk rasa takut terhadap pemain Amerika itu.

“Roland Garros akan banyak membantu saya kerana setiap kali kita bermain dalam perlawanan penting ini, kita rasa, ‘Okay, saya pernah melakukan ini sebelum ini. Saya tahu apa yang saya perlu lakukan’,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BALAS PUKULAN: Serena sedang menentang Sharapova dalam aksi separuh akhir Wimbledon di London.
— Gambar Reuters BALAS PUKULAN: Serena sedang menentang Sharapova dalam aksi separuh akhir Wimbledon di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia