Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi pertanding­an amal World XI di KL Ogos depan

-

KUCHING: Syarikat penerbanga­n Malindo Air menerbangk­an pasukan kriket kebangsaan Nepal bagi mengadakan pertanding­an amal dengan pasukan World XI di Kuala Lumpur pada Ogos depan.

Inisiatif itu sebagai tanda sokongan Malindo Air terhadap kempen ‘Nepal Earthquake Fund Raising Match’ dan ‘Bat for Nepal’.

Ia adalah kali pertama Malindo Air terlibat dengan perjanjian tajaan dalam arena kriket antarabang­sa, sukan yang kian popular hari ini.

Perjanjian itu dicapai semasa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Kriket Nepal, Bhawana Ghimire mengadakan lawatan kerja ke Malaysia.

“Malindo Air sangat berbesar hati selepas dilantik sebagai syarikat penerbanga­n rasmi membawa pasukan kriket Nepal ke Malaysia dengan menggunaka­n penerbanga­n komersil kami sambil menjalanka­n tanggungja­wab sosial dalam program kutipan dana.

“Ini bermakna kami bukan sahaja berperanan menghubung­i bandar-bandar tetapi turut menyumbang kepada masyarakat terlibat sambil menyokong program sukan yang dikongsi oleh negaranega­ra ini,” kata CEO Malindo Air, Chandran Rama Muthy.

“Bersama pasukan kriket Malaysia dan Nepal, kita berharap program ‘Bat for Nepal’ mencapai kejayaan. Kita juga berharap kerjasama bermakna seumpama ini diteruskan bagi membolehka­n kami menyumbang mengikut kemampuan dalam industri dan menguku- hkan hubungan dengan rakan kongsi,” katanya.

Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Mahinda Vallipuram turut merakamkan penghargaa­n dengan Malindo Air kerana sudi terlibat dalam program tersebut.

“Malindo Air memainkan peranan penting dalam industri penerbanga­n dan kami berasa bangga apabila mereka turut serta sebagai syarikat penerbanga­n rasmi untuk program ‘Nepal Earthquake Fund Raising Match’. Ia bukan sekadar tajaan tetapi sumbangan penting untuk rakyat Nepal yang amat memerlukan,” ujar Mahinda.

Perlawanan amal tersebut akan diadakan pada Ogos depan di Kinrara Oval dan pasukan kriket kebangsaan Nepal akan menentang pasukan World XI yang turut menampilka­n beberapa nama besar dalam sukan kriket seluruh dunia.

Hasil jualan tiket yang boleh dibeli di Kinrara Oval, Kuala Lumpur akan disalurkan ke Tabung Bantuan Bencana Perdana Menteri Nepal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia