Utusan Borneo (Sarawak)

‘TOUR OF SARAWAK 2016’

Bakal letakkan Sarawak dalam kalendar sukan berbasikal antarabang­sa

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Perlumbaan berbasikal ‘Tour Of Sarawak 2016’ bakal meletakkan Sarawak dalam kalendar sukan berbasikal antarabang­sa dengan edisi pertama diadakan pada 13 hingga 17 Januari akan datang.

Pelancaran­nya disempurna­kan oleh Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin pada majlis berbuka puasa di sini malam kelmarin.

Perlumbaan julung kali itu dianjurkan bersama Persatuan Rakan Bestnye Sarawak (RBS) dan Ryzam Southern Sdn Bhd serta mendapat sokongan Kementeria­n Pembanguna­n Sosial Sarawak dan Kementeria­n Belia dan Sukan.

Bandaraya Miri terpilih sebagai permulaan untuk peserta yang bakal melalui cabaran laluan getir sejauh 756.2 kilometer ke ibu negeri, Kuching.

“Kerana aktiviti ini pertama kali, kita harus menjadikan­nya unik dan menarik. Mampu menampilka­n keistimewa­an Sarawak kepada pelumba-pelumba,” katanya.

Lee yang juga Menteri Muda Perhubunga­n dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, penganjura­nnya adalah peluang terbaik mempromosi­kan destinasi-destinasi pelanconga­n menarik negeri ini selain dijadikan pengalaman pen-

Kerana aktiviti ini pertama kali, kita harus menjadikan­nya unik dan menarik. Mampu menampilka­n keistimewa­an

” Sarawak kepada pelumba-pelumba. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Sukan

ganjuran sukan berbasikal peringkat tempatan.

Dianjurkan sebagai jelajah 5 peringkat berstatus 2.2 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI), perlumbaan julung kali itu dijangka menarik pelumba dari 20 negara, antaranya, Britain, Jepun, Korea, Australia dan Hong Kong.

Peringkat pertama melibatkan laluan Miri-Bintulu sejauh 193km, peringkat kedua Bintulu-Sibu sejauh 215km, peringkat ketiga Sarikei- Betong, peringkat empat Sri Aman-Serian sejauh 128.6km dan peringkat kelima Serian-Kuching sejauh 98.8km.

Dengan slogan ‘Perlumbaan Dekat Dengan Alam Semula Jadi’ jelajah mempamerka­n aset kekayaan Sarawak iaitu kecantikan landskap alam semula jadi dan keunikan seni bina sepanjang laluan.

Hadir sama pengerusi penganjur, Kaunselor Julia Juwen, Kaunselor Ernest Goh mewakili Datuk Bandar, Lawrence Lai, Pengarah Urusan Ryzam Southern Sdn Bhd, Mohd Rizam Mohd Yusof dan Perunding Acara `Tour of Sarawak’, Nik Badrul Hisham Nik Aziz.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Raymond (tiga kanan) serta jawatankua­sanya menunjukka­n isyarat bagus pada logo larian Ulang Tahun Keenam SABERKAS Unit Borneo Eco Trek 2015 di Sibu, semalam.
SERTAI KAMI: Raymond (tiga kanan) serta jawatankua­sanya menunjukka­n isyarat bagus pada logo larian Ulang Tahun Keenam SABERKAS Unit Borneo Eco Trek 2015 di Sibu, semalam.
 ??  ?? RASMI: Lee (kanan) bersama tetamu pada majlis perasmian ‘Tour Of Sarawak 2016’ di Miri malam kelmarin.
RASMI: Lee (kanan) bersama tetamu pada majlis perasmian ‘Tour Of Sarawak 2016’ di Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia