Utusan Borneo (Sarawak)

Brunei, Kalimantan dijangka turut sertai aksi sepak takraw Piala dP

-

KUCHING: Pasukan sepak takraw dari Brunei Darussalam dan Kalimantan Barat, Indonesia antara wakil dari luar negara yang dijangka turut serta dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala dP Edisi Ke-III 2015 yang dijadual berlangsun­g dari 1-2 Ogos depan di Saratok.

Penaung Kejohanan, Datuk Dr Paruwadi Musa memberitah­u, beliau telah dihubungi oleh beberapa wakil pasukan dari dua negara jiran itu.

“Mereka telah menghubung­i saya untuk mengetahui serba sedikit mengenai kejohanan ini,” katanya ditemui pada program pengagihan ais krim oleh syarikat DP Ice Cream Gula Apong dengan kerjasama Radio ERA Sarawak di Tol Jambatan Tun Sallahudin di sini petang semalam.

Paruwadi berkata, beliau percaya kejohanan tahunan itu bertambah sengit dan meriah jika pasukan-pasukan dari kedua-dua negara itu turut serta.

Beliau menambah, penyertaan untuk kejohanan itu sudahpun dibuka kepada umum.

Pasukan tempatan yang berminat untuk turut serta boleh menghubung­i Presiden Persatuan Sepak Takraw Saratok, Azmi Mohd di talian 011-14046393 atau setiausaha­nya, Mohd Fitri di talian 011-29932673.

Sementara itu, sejumlah 500 mangkuk ais krim diagih ke- pada pengguna tol berkenaan dengan program bermula dari jam 5 hingga 6 petang.

Program ringkas itu bertambah meriah apabila turut berlintas langsung di siaran Radio ERA Sarawak.

“Kita akan meneruskan program seumpama dengan mengagihka­n ais krim per- cuma kepada pengguna feri di Kota Samarahan. Tarikh dan masa akan dimaklumka­n kelak,” jelas Paruwadi.

Tambahnya, pelaksanaa­n program di Pangkalan Feri sempena pembukaan cawangan premis tersebut di pusat beli-belah Summer Mall, Kota Samarahan.

 ??  ?? AGIH AIS KRIM: Paruwadi (empat kanan) mengagihka­n ais krim kepada pegawai polis yang kebetulan melalui Tol Jambatan Tun Sallahudin di Kuching semalam.
AGIH AIS KRIM: Paruwadi (empat kanan) mengagihka­n ais krim kepada pegawai polis yang kebetulan melalui Tol Jambatan Tun Sallahudin di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia