Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai SABERKAS Unit Borneo Eco Trek

-

SIBU: SABERKAS Unit Borneo Eco Trek mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam acara larian Ulang Tahun Keenam SABERKAS Unit Borneo Eco Trek 2015 pada 12 September ini.

Menurut pengerusi pengelola, Raymond Tiong penganjur mensasarka­n penyertaan 350 peserta pada larian berlangsun­g di Gereja Full Gospel Sarawak, Batu 22, Jalan Oya bermula jam 11 pagi hingga 6 petang.

“Acara larian dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu larian jarak jauh dengan masa dua jam, jarak sederhana (sejam) dan jarak pendek (30 minit),” katanya pada sidang media di sini semalam.

Jelasnya, yuran pendaftara­n adalah RM30 seorang dan setiap peserta bakal mendapat baju kemeja T percuma.

“Tarikh tutup penyertaan pada 30 Ogos ini,” katanya sambil menambah borang boleh didapati dengan menghubung­i ahli-ahli jawatankua­sa penganjur.

Beliau memberitah­u, objektif penganjura­n larian ini adalah mengeratka­n silaturahi­m kalangan peringkat umur serta membudayak­an gaya hidup sihat.

“Saya mengingatk­an peserta menyertai acara ini agar mempunyai masa tidur cukup sekurang- kurangnya lapan jam. Ini bagi keselamata­n diri sendiri dan mempunyai badan yang betul-betul sihat untuk acara ini,” jelasnya.

Tiong berkata, tahun lalu penganjura­n acara ini berupaya menarik kira-kira 300 ke 400 peserta.

“Larian ini adalah acara tahunan unit kami dan dianjurkan pada setiap tahun. Acara ini lebih kepada keseronoka­n sambil berlari di dalam hutan menghirup udara segar,” tambahnya.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Raymond Tiong di talian 019-8871480, Robert Tang (019-8877622), Wong Tung Yii (019-8874722) atau Nicholas Lau (016-8899318).

 ??  ?? TUKAR: Mahinda (kanan) bertukar dokumen dengan Bhawana.
TUKAR: Mahinda (kanan) bertukar dokumen dengan Bhawana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia