Utusan Borneo (Sarawak)

– Persediaan Mengurus Hidup yang Seimbang

-

APABILA melangkah ke alam universiti sebagai pelajar sepenuh masa, adalah penting untuk anda bersiap-sedia dari segenap segi. Ini bukan sahaja bererti anda perlu jelas tentang matlamat ditetapkan, tetapi turut memastikan hidup anda kekal seimbang.

Peringkat awal di universiti membuka peluang untuk anda melatih sikap dan disiplin kerja yang baik. Di waktu yang sama, akademik akan menjadi komitmen terbesar anda. Ini kerana pengajian di universiti adalah sibuk, bergantung kepada kursus major dipilih, kebiasaann­ya memakan masa sehingga tiga atau empat tahun. Jadi, bagaimana untuk merancang hidup yang berjaya dan seimbang pada

waktu yang sama?

Buat mereka yang perlu melatih disiplin diri, merangka rancangan atau jadual sememangny­a membantu dan turut menentukan sama ada anda berupaya mencapai segala yang diinginkan. Senaraikan perkara yang penting selain pengajian anda – sama ada keluarga, rakan-rakan, kesihatan atau melancong – dan tumpukan kepada yang paling penting.

Anda juga mungkin menangguhk­an matlamat atau aktiviti lain yang kurang penting buat sementara waktu.

Dalam pada itu, anda turut boleh mengambil peluang untuk bertanyaka­n diri sendiri soalan-soalan ini, yang boleh membantu anda menilai gaya kehidupan seimbang yang diinginkan. * Adakah anda berpuas hati dengan hidup, kerja dan hubungan dengan orang lain? * Adakah emosi, jasmani dan dalaman anda berada dalam keadaan yang baik? * Adakah anda mempunyai kawalan terhadap hidup sendiri? * Adakah anda masih mempunyai masa untuk bergembira?

anda mengalami tekanan yang hebat, sama ada disebabkan bebanan pengajian, masalah kewangan atau perkara tidak dijangka dalam kehidupan peribadi anda.

Tekanan sebegitu berupaya menjadikan anda rimas dan meruntuhka­n semangat anda. Persoalann­ya, bagaimana mempersiap­kan diri anda untuk situasi sebegini?

Mungkin anda boleh melihat kembali matlamat yang disenaraik­an dan yakin yang ia sesuatu yang anda perlukan; dengan kepada anda dan memindanya jika perlu. Pelajaran semestinya kekal sebagai matlamat utama, tetapi apa salahnya sekali-sekala memberi diri anda ganjaran setiap kali matlamat dirancang telah tercapai, kan?

Sepanjang menjalani kehidupan pelajar universiti, sentiasa ingatkan diri anda untuk memastikan anda masih mengamalka­n hidup yang seimbang.

Jika anda mendapati wujudnya kelemahan, nilai semula perancanga­n anda untuk mengembali­kan keadaan seperi sedia kala. Sekiranya jangkaan anda terlalu sukar dicapai, pertimbang­kan untuk menilainya kembali mengikut keupayaan anda, sekurangku­rangnya untuk sementara waktu. Pastikan untuk tidak menyerah kalah kepada perasaan malas dan sesuaikan jadual anda agar lebih mudah diuruskan. Paling penting, jangan malu untuk meminta tolong.

* Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – yang merupakan inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (Sarawak). Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia