Utusan Borneo (Sarawak)

Di kawasan

-

KILOMETER 48, Simpang Rumah Juat, Jalan Mukah-Selangau dikatakan perlu diadakan upacara mengikut adat dan disembahya­ng khas supaya diberkati selepas kemalangan maut membabitka­n Tuai Rumah Juat Tayai dua minggu lepas.

Kaunselor Chuat Gelong dari Majlis Daerah Dalat Dan Mukah (MDDM) memberitah­u, kemalangan sering kali berlaku di tempat itu sehingga melibatkan mendiang Tuai Rumah Juat, berusia 62 tahun itu.

Kejadian yang berlaku seawal jam 6 pagi pada 29 Jun lepas membuka jalan kepada 1,000 penghuni lapan rumah sepakat mengadakan sembahyang dan upacara ‘miring’ memberi pengampuna­n supaya kawasan itu bebas kema- langan.

Sembahyang beramairam­ai dan pengampuna­n mengguna upacara ‘miring’ dilakukan bermula dari kaki tangga Rumah Juat sehingga tempat mayat mendiang sebelum ini terpelanti­ng selepas dilanggar kenderaan yang datang dari arah Mukah.

Lebih tujuh orang tuai rumah dan 300 penduduk setempat turut serta dalam upacara tersebut yang diadakan pada waktu petang.

Manakala keesokan harinya pula, semua rumah panjang mengadakan upacara ‘mali ditiki’ (perintah berkurung) iaitu melarang pengunjung memasuki kediaman atau penghuni itu sendiri tidak boleh keluar dari kediaman masingmasi­ng.

Menurut Chuat, upacara ‘Ngetas Ulit’ mendiang Juat akan berlangsun­g pada pagi 19 Julai ini nanti.

Katanya, sanak saudara dan ahli keluarga dijemput datang ke Rumah Juat di kilometer 48 Jalan MukahSelan­gau bagi sama-sama mengadakan upacara lepas pantang.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk memohon agar pihak berkuasa meletakkan papan tanda ‘Kawasan Kerap Kemalangan’ bagi kawasan tersebut selepas ini.

“Pada masa sama, pihak berkuasa diharap dapat memantau kawasan ini kerana ia didiami lapan rumah sekitar Kampung Bageri yang terdedah dengan risiko kemalangan seperti sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? UPACARA KHAS: Chuat (berbaju merah jambu, tengah) mengetuai lebih 300 orang penduduk mengadakan upacara sembahyang dan miring di sekitar rumah dan di tempat mendiang Juat ditimpa kemalangan maut pada 29 Jun lepas.
UPACARA KHAS: Chuat (berbaju merah jambu, tengah) mengetuai lebih 300 orang penduduk mengadakan upacara sembahyang dan miring di sekitar rumah dan di tempat mendiang Juat ditimpa kemalangan maut pada 29 Jun lepas.
 ??  ?? PEGHORMATA­N: Upacara sembahyang memohon keberkatan diadakan oleh penduduk Roman Katolik di Rumah Juat.
PEGHORMATA­N: Upacara sembahyang memohon keberkatan diadakan oleh penduduk Roman Katolik di Rumah Juat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia