Utusan Borneo (Sarawak)

Terima kerusi roda, hari istimewa dan bahagia buat

-

“MENERIMA sumbangan kerusi roda elektrik pada hari ini merupakan hari paling bahagia dan istimewa buat saya, lebih-lebih lagi bakal tiba,” demikian luahan seorang bapa yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Muhamad Sayd Ali, 56, yang kudung kedua-dua kaki akibat kencing manis sejak dua tahun lepas dan lemah tangan kiri berkata sumbangan itu mampu membantu pergerakan beliau dan seterusnya mencari nafkah untuk menyara keluarga.

Muhamad berkata sebelum ini, beliau terpaksa menyara isteri serta tiga orang anaknya dengan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia dan Baitumal.

“Saya mengucapka­n terima kasih, raya kali ini paling bahagia. Saya juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan.

“Saya rasa gembira, saya boleh berjalan dengan berkerusi roda. Nak jumpa kawan-kawan lama balik, ada kerusi ini boleh pergi sendiri, nak tengok reaksi mereka. Saya rasa macam dapat nyawa baru,” katanya.

Muhamad meluahkan perasaanny­a kepada pemberita bila menerima sumbangan itu daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia di Kampung Kota Bandung, di Bagai Serai.

Muhamad dikurniaka­n tiga orang anak iaitu Mahathir, 19; Marina, 17; dan Mahazan, 15, hasil perkongsia­n hidup dengan Zaharah Awang, 56.

Sementara itu, Pengerusi Biro tersebut, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya juga akan membantu anak Muhamad yang berusia 19 tahun, bagi menyambung pelajaran dalam masa terdekat.

“Saya dapat tahu anak abang Muhamad terpaksa berhenti belajar di sebuah politeknik kerana ingin membantu keluarga.

“Saya akan memikirkan kaedah lain, kalau kita boleh memberikan satu peluang perniagaan kecilkecil­an kepada abang Muhamad, dan anaknya... untuk sambung belajar.

“Sekarang ini dia (anak Muhamad) kerja dapat bawa balik RM20 hingga RM30 sehari.

“Sekurang-kurangnya kalau dia sambung belajar mungkin dapat bawa balik Ijazah ataupun Diploma. Dia boleh bekerja untuk menampung bantu keluarga,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia