Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu runsing kesihatan anak hidap kanser tulang semakin merosot

-

SEORANG ibu, Siti Khalijah Harun, 32, buntu dan bimbang mengenai kesihatan anaknya Tuan Risham, 7, yang semakin merosot sejak disahkan doktor menghidap kanser tulang tahap empat pada Mei lalu.

Lebih menyedihka­n kerana anak kedua daripada tiga adik-beradik itu sentiasa mengadu sakit setiap kali hendak menukar lampin pakai buang atau mencuci luka di betisnya yang semakin teruk membengkak akibat penyakit itu.

Siti Khalijah berkata kejadian berpunca apabila anaknya itu terjatuh dan beliau berjumpa dengan tukang urut untuk membetulka­n kecederaan yang dialami

“Malangnya, sakit anak saya masih berpanjang­an, jadi saya bawa berjumpa tukang urut yang lain pula namun menyedihka­n kerana dia masih tidak sembuh danselalu mengadu sakit.

“Kemudian, saya bawa ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian yang mengesahka­n anak saya ini menghidap kanser tulang dan membuat rawatan kimoterapi,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya dekat Chendering di Kuala Terengganu, Rabu lepas.

Lebih merungsing­kan Siti Khalijah ialah kos rawatan anaknya itu agak besar kerana pembelian susu dan lampin pakai buang sahaja mencecah lebih RM500 sebulan.

“Doktor tidak memberi jaminan sama ada anak saya akan sembuh sepenuhnya jika terus membuat rawatan di hospital, jadi kami sekeluarga memutuskan untuk membawa beliau balik ke rumah dan ikhtiar dengan perubatan alternatif pula.

“Cuma, saya agak buntu dari segi kewangan kerana pendapatan suami, Tuan Risham Tuan Ab Rahman, 32, sebagai jurujual juga sekadar mencukupi untuk keperluan kami sekeluarga,” katanya sebak.

Setakat ini, beliau baru membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatka­n bantuan bulanan.

Sehubungan itu, manamana pihak yang ingin tampil membantu pesakit ini boleh menghubung­i beliau di talian 0129976190 untuk maklumat lanjut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Manong (tujuh kiri) bersama wakil-wakil media dan JPAM bergambar kenangan dengan wartawan sambilan, Hashim sempena program ziarah menyampaik­an sumbangan oleh Pejabat Menteri Besar Perak dan Persatuan Pengamal Media Perak di Kampung Sayong,...
— Gambar Bernama KENANGAN: Manong (tujuh kiri) bersama wakil-wakil media dan JPAM bergambar kenangan dengan wartawan sambilan, Hashim sempena program ziarah menyampaik­an sumbangan oleh Pejabat Menteri Besar Perak dan Persatuan Pengamal Media Perak di Kampung Sayong,...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia