Utusan Borneo (Sarawak)

PPMP, wakil pejabat MB Perak ziarah wartawan di Kampung Sayong

-

PERSATUAN Pengamal Media Perak (PPMP) dengan kerjasama Unit Komunikasi Pejabat Menteri Besar Perak Rabu lepas meluangkan masa menziarahi wartawan sambilan Utusan Malaysia yang mengalami masalah kesihatan di kediamanny­a di Kampung Sayong Tengah di Kuala Kangsar.

Hashim P.Mamat, 75, yang mengalami strok ringan di sebelah kanan badan sejak November tahun lalu, kini beransur pulih dan masih mendapatka­n rawatan susulan di Hospital Kuala Kangsar.

“Saya terharu menerima kunjungan kesemua yang terlibat, terutama PPMP kerana sudi menjenguk saya. Saya anggap kunjungan ini sebagai penghargaa­n buat saya dan sangat bermakna bagi saya serta keluarga, terutama sebelum menyambut

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Manong dan Presiden PPMP Sayed Hesham Sayed Idris, yang juga Ketua Biro Utusan Malaysia di Perak.

Sementara itu, Mohamad Kamil berkata beliau mengenali Hashim sejak kecil lagi dan mengakui Hashim merupakan wartawan yang disegani masyarakat Kuala Kangsar.

“Beliau cukup dikenali masyarakat di sini tanpa mengira kaum atas sumbangann­ya melaporkan berita di kawasan ini sejak era 70-an, malah beliau aktif sehingga kini menulis tentang perkembang­an ekonomi, malapetaka seperti banjir, kejayaan individu, pembanguna­n serta aktiviti rakyat di daerah ini,” katanya.

Hashim memulakan kariernya sebagai wartawan sambilan Berita Harian di daerah Kuala Kangsar pada 1968 dan menyertai Bernama pada 1971 sebelum menjadi wartawan tetap Utusan Malaysia selama 13 tahun di daerah sama.

Berikutan minat yang mendalam dalam dunia kewartawan­an, Hashim yang mempunyai 10 anak, meneruskan kerjaya sebagai wartawan sambilan Utusan Malaysia sejak 1995 hingga sekarang.

Dalam pada itu, sejumlah 20 petugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Kangsar melakukan aktiviti gotong-royong di kediaman Hashim.

Hashim, pemegang kad orang kurang upaya (OKU), yang tinggal bersama isterinya, Masitah Hussein, 60, dan empat anak mereka, turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENERIMA KUNJUNGAN: Hashim dan isteri Masitah gembira menerima kunjungan rakan-rakan wartawan dari Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) dan wakil Pejabat Menteri Besar Perak di kediamanny­a di Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar.
— Gambar Bernama MENERIMA KUNJUNGAN: Hashim dan isteri Masitah gembira menerima kunjungan rakan-rakan wartawan dari Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) dan wakil Pejabat Menteri Besar Perak di kediamanny­a di Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia