Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh sekeluarga gembira terima kelengkapa­n raya sumbangan JZNK

-

TUJUH beranak daripada satu keluarga daif di Kampung Teluk Chengai bersyukur kerana dapat menyarung baju baharu pada 1Syawal nanti hasil sumbangan Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK).

Anak ketiga keluarga itu, Mohd Rizal Syukri, 18, berkata dia gembira kerana dapat menyambut ini bersama-sama keluarga dalam keadaan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Saya rasa bersyukur kerana sebelum ini kami hanya beraya mengikut kemampuan. Kalau ada rezeki lebih, berayalah kami, kalau tidak rutin pagi raya sama seperti hari-hari biasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n sumbangan itu Selasa lepas.

Menurut Mohd Rizal, bapanya Syukri Che Nik, 56, merupakan seorang petani yang tidak memiliki pendapatan tetap manakala ibunya, Farinah Siad, 55, pula adalah seorang suri rumah.

Dia dan adik-beradik iaitu Siti Zakiah, 25, Siti Zaleha, 20, Mohd Hisham, 16, dan Mohd berhenti sekolah selepas darjah enamkerana kesempitan hidup. Siti Zakiah dan Mohd Hisham turut menghadapi masalahlem­bam.

Ketua Bahagian Korporat JZNK Mohd Sani Harun berkata sumbangan itu yang berupa kit solat, baju raya, barang makanan, beras, biskut raya dan duit raya diberikan di bawah program Jejak Sinar Ramadan yang dianjurkan JZNK setiap tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia