Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kampung hantu’ bayangi kejayaan

-

SLOVAKIA telah menjadi bintang terkenal di Eropah Tengah dengan satu peningkata­n dalam pengeluara­n kereta yang menjana perkembang­an ekonomi, namun ‘kampung hantu’ telah membayangi kejayaan tersebut ketika pendudukny­a meninggalk­annya dalam usaha mencari pekerjaan.

Sebuah gereja putih telah mengawasi Harakovce sejak penduduk kampung mendirikan­nya pada abad selepas Black Death melanda sekitar Eropah.

Kampung ini terletak di antara bukit-bukau yang dipenuhi dengan hutan dan padang di sudut kepaderian di timur Slovakia telah terselamat dalam peperangan yang tidak terkira, namun sekarang tumpas dalam pertempura­n ketika pekerjaan di bandar telah merampas sumber hidupnya.

Pada hari ini hanya enam kanak-kanak kalangan 59 pendudukny­a.

Harakovce bukanlah kes terkecuali.

Sehingga baru-baru ini, kira-kira 40 peratus dari penduduk Slovak menetap di kampungkam­pung dengan kurang dari 1,000 orang namun statistik menunjukka­n bilangan yang semakin berkuranga­n dengan pantas.

Berhampira­n sempadan Poland di timur negara, kampung Havranec mempunyai 386 orang pada 1980 namun hari ini, ia telah menurun kepada lapan orang sahaja.

Perkara yang sama telah berlaku di beberapa buah kampung di seluruh negara mempunyai 5.4 juta orang penduduk, terutama di wilayah timur yang lebih miskin.

Malah Harakovce berdepan risiko tidak mempunyai sesiapa yang bertanding untuk jawatan datuk bandar, yang dibayar gaji sebanyak 220 euro sebulan, hanya suku daripada pendapatan purata negara.

Kemudian pekerja sosial Bozena Meliskova, 27, pulang ke kampung selepas bekerja hampir satu dekad di ibu negara Czech Prague, apabila beliau tidak mampu untuk mendapatka­n pekerjaan.

Meliskova sedang bertanding untuk menggantik­an ibunya yang tidak layak bertanding bagi pemilihan semula apabila didapati bekerja di sebuah kampung berhampira­n.

“Saya ingin membantu kehidupan di kampung kami,” Meliskova memberitah­u koresponde­n Terry Moran.

Persoalann­ya adalah bagaimana.

Slovakia, anggota EU dan zon euro, telah menjadi sangat berjaya dalam mendapatka­n minat bagi Volkswagen di Jerman, PSA Peugeot Citroen di Perancis dan Kia di Korea Selatan untuk memasang kereta, menghasilk­an beribu-ribu pekerjaan.

Kombinasi gaji dan cukai rendah turut juga menarik minat Samsung dari Korea Selatan dan kumpulan Foxconn dari Taiwan.

Tugas ini telah membantu Slovak menaikkan gaji sebanyak 20 peratus antara 2008 dan 2012 di sebalik krisis ekonomi global dan zon euro.

Gaji di zon euro secara keseluruha­nnya meningkat hanya 10 peratus, menurut kepada data Eurostat.

PERLU BERHIJRAH

Namun tugas ini, kebanyakan­nya tertumpu di sekitar ibu negara Bratislava dan Kosice, wilayah hab besi timur, turut membantu menarik orang dari luar bandar, ketika memiliki pergerakan bebas di dalam EU.

Sejak kemasukan EU pada 2004, sekurangku­rangnya 120,000 kebanyakan golongan muda Slovak telah mengambil kesempatan dengan kebebasan itu untuk bekerja di tempat lain di dalam kumpulan tersebut, berpindah ke Britain atau Austria dan Republik Czech berdekatan dalam usaha untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

“Tiada pekerjaan lain lagi di luar negara.

“Golongan muda meninggalk­an bandar atau pergi ke luar negara dan mereka tidak pernah kembali,” kata Marta Buj- nakova, jurucakap Persatuan Bandar dan Kampung Slovak (ZMOS).

Sedikit pelaburan telah disalurkan ke luar bandar dan dana pembanguna­n wilayah EU kelihatan sebagai hilang tandanya

Ketika ekonomi Slovakia dijangka berkembang dengan pantas sebanyak 3.2 peratus pada tahun ini, penganggur­an masih lagi kekal tinggi sebanyak 11.6 peratus di seluruh negara pada April.

Ketika ia menghampir­i enam peratus di Bratislava, penganggur­an meningkat sehingga 17 peratus di kawasan luar negara.

Ini merupakan satu keadaan yang menyedihka­n yang menimbulka­n satu kesan mendalam terhadap Mnisek and Popradom, sebuah kampung yang mana rumah-rumahnya berhampira­n kawasan tepi gunung di sepanjang sempadan Poland, yang telah menjadi tumpuan umum berkaitan kampung-kampung yang hilang di negara ini.

Di atas kertas, ia memiliki populasi 650 orang, namun menurut Datuk Bandar Peter Zemba, 90 peratus pendudukny­a bekerja di luar wilayah.

Seperti biasa, wanita pergi ke Austria sebagai jururawat dan lelaki akan mencari pekerjaan di dalam kapal persiaran dan tugas lain yang menyebabka­n mereka jauh dari kampung halaman sepanjang tahun.

Beberapa buah sekolah telah ditutup.

“Kami benar-benar ingin hidup dan bekerja di sini, untuk bertahan dengan kehidupan ini, namun keadaan kewangan memaksa kami untuk berpindah ke negara lain bagi pekerjaan dan menghantar pulang wang,” kata Zemba.

Michal Stuska, jurucakap kementeria­n hal ehwal sosial dan buruh, menegaskan negara tidak boleh dituduh sebagai bersikap dingin dengan kekurangan penduduk di luar bandar.

Kedua-dua dana domestik dan EU telah dibelanjak­an untuk membetulka­n perbezaan di antara bahagian barat yang lebih berpengaru­h dan moden sedikit di Slovakia dan bahagian timur luar bandarnya yang lebih miskin dan kurang pendudukny­a, kata beliau. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEPI: Bahagian dalam Gereja Roman Katolik St James di Levoca, Slovakia yang begitu indah dihiasi karya pengukir Zaman Pertengaha­n Master Paul. Gambar utama di atas menunjukka­n pemandanga­n di sekitar Kampung Pilhov yang membentuk sebahagian daripada...
— Gambar AFP SEPI: Bahagian dalam Gereja Roman Katolik St James di Levoca, Slovakia yang begitu indah dihiasi karya pengukir Zaman Pertengaha­n Master Paul. Gambar utama di atas menunjukka­n pemandanga­n di sekitar Kampung Pilhov yang membentuk sebahagian daripada...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia