Utusan Borneo (Sarawak)

Tuai rumah diminta ambil kunci peti surat

-

SIBU: Tuai rumah di daerah Selangau diminta mengambil kunci peti surat komuniti terletak di Pejabat Daerah Selangau.

Ini kerana banyak surat di peti surat tersebut belum dituntut dan ruangnya sudah penuh sehingga tiada ruang lagi untuk menyimpan surat seterusnya.

Menurut ejen peti surat komuniti di Selangau Ngumbang Awit, banyak aduan sebelum ini surat tidak datang kepada penerima di kawasan rumah panjang.

“Semua alamat surat-menyurat rumah panjang di daerah Selangau mengguna peti surat komuniti ini. Kami risau kemungkina­n ada surat penting tidak diambil boleh menimbulka­n kesulitan kepada penerima,” ujarnya kepada Utusan Borneo, kelmarin.

Menurut Ngumbang, daerah Selangau dianggar mem- punyai 350 rumah panjang dan semuanya menggunaka­n perkhidmat­an peti surat komuniti tersebut.

“Disebabkan tiada pejabat pos di daerah ini, sebab itu kami menggunaka­n peti surat komuniti. Agak sukar bagi kami di sini disebabkan tiada pejabat pos.

“Selangau dikategori­kan sebagai daerah yang seharusnya mempunyai pejabat pos memandangk­an populasi pendudukny­a juga kian ber- tambah,” jelasnya.

Katanya surat-surat yang diterima ialah surat berdaftar dan sebagainya.

“Saya meminta tuai rumah datang mengutip surat penduduk di peti surat komuniti sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jika tidak, surat terbabit akan dikembalik­an ke alamat pengirimny­a,” tegasnya.

Ngumbang memohon kerjasama daripada para tuai rumah di daerah Selangau yang belum mengambil kunci peti surat itu agar bertemu dengannya secepat mungkin.

Jelasnya, tuai rumah berkenaan ialah di bawah kawasan seliaan Penghulu Balui, Penghulu Jawa, Penghulu Jerampang, Penghulu Michael dan Penghulu Siew.

“Mereka boleh menghubung­i saya di talian 019-8587325 dengan secepat mungkin,” tambah beliau lagi.

 ??  ?? NGUMBANG
NGUMBANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia