Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama ibu bapa dan guru galak pelajar cemerlang pelajaran

-

SRI AMAN: Kerjasama ibu bapa dan guru penting demi masa depan anak-anak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri.

Menurut Simoi, ramai anak yang berjaya dalam pelajaran merupakan mereka yang sentiasa menerima galakan ibu bapa dan guru selain pihak sekolah.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi galakan kepada anak-anak sehingga berjaya. Jika mereka berjaya kelak, kita pasti gembira kerana tanggungja­wab kita sudah terlaksana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaik­an Geran Kerajaan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang dekat sini kelmarin.

Simoi menegaskan, ilmu pengetahua­n adalah asas kesempurna­an yang perlu ditimba dari kecil.

“Tanpa ilmu pengetahua­n, sukarlah hidup anak- anak kita nanti. Kita berharap, anak- anak yang diberikan pendidikan sempurna akan membantu kita (ibu bapa) untuk meningkatk­an taraf hidup suatu hari nanti,” jelasnya.

Katanya lagi, ibu bapa tidak boleh mengabaika­n tanggungja­wab memberi pendidikan kepada anak-anak kerana ia merupakan hak mereka.

“Kegagalan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah akan menggelapk­an masa depan generasi muda,” katanya.

“Tiada alasan untuk mereka tidak berbuat demikian kerana kini wujud pelbagai kemudahan dan bantuan bagi golongan yang kurang berkemampu­an,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, pengetua sekolah serta guru-guru kanan yang lain.

Pada majlis berkenaan, Simoi telah menyampaik­an geran berjumlah RM10,000 seperti yang dijanjikan beliau semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah berkenaan sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia