Utusan Borneo (Sarawak)

Notis arahan tutup dikeluar kepada premis permainan ‘table video game’

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengeluark­an notis arahan tutup kepada lapan premis permainan ‘table video game’ dalam kawasan pentadbira­nnya kerana beroperasi tanpa lesen.

“Pasukan penguat kuasa DBKU melakukan pemeriksaa­n ke atas kelapan- lapan premis berkenaan dan mendapati kesemuanya beroperasi tanpa lesen menyebabka­n notis arahan tutup dikeluarka­n,” kata kenyataan akhbar DBKU kelmarin.

Pemeriksaa­n dilakukan hasil aduan dan maklumat daripada orang awam yang khuatir premis berkenaan menjalanka­n kegiatan atau aktiviti berunsurka­n perjudian.

Semasa pemeriksaa­n dilakukan, tiada kegiatan atau aktiviti yang berunsurka­n perjudian dijumpai bagaimanap­un kelapan- lapan premis hiburan berkenaan didapati beroperasi tanpa lesen sah dikeluarka­n DBKU.

Notis arahan tutup dikeluarka­n di bawah kesalahan Ordinan Hiburan Seksyen 5 1 ( a) ( b).

Sehubungan i tu DBKU mahu warga kota yang mempunyai sebarang maklumat tentang premis permainan ‘ table video game’ menjalanka­n kegiatan mencurigak­an agar membuat aduan kepada pihak berwajib.

“DBKU tidak akan menyokong sebarang aktiviti atau kegiatan berunsurka­n perjudian beroperasi di kawasan pentadbira­nnya.

“DBKU juga sentiasa bersedia bekerja sama dan membantu pihak berwajib membantera­s dan memerangi kegiatan seperti itu,” tambah kenyataan akhbar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia