Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan jaga kepentinga­n semua kaum

Masyarakat Islam di Kanowit turut menikmati pembanguna­n dilaksana k’jaan: Aaron

- Oleh Watt Zacchaeus

KANOWIT:KerajaanBa­risan Nasional (BN) tidak pernah meminggirk­an masyarakat Islam di daerah ini, kata Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang.

Sebagai kaum minoriti, Aaron berkata penempatan masyarakat Islam di sini turut mendapat pembanguna­n seperti kaum-kaum lain.

“Walaupun daerah ini didiami majoritiny­a kaum Iban, kita tidak pernah mengabaika­n masyarakat Islam. Setiap agihan pembanguna­n, peruntukan geran dan sebagainya, kita tidak pernah menyisihka­n kaum itu.

“Justeru, ini menunjukka­n politik pembanguna­n di sini adalah seimbang dan stabil. Semua kaum dijaga,” katanya semasa berucap pada Program Ihya’ Ramadan P.210 Kanowit di Masjid Ar Rahman di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) P.210

Walaupun daerah ini didiami majoritiny­a kaum Iban, kita tidak pernah mengabaika­n masyarakat Islam. Setiap agihan pembanguna­n, peruntukan geran dan sebagainya, kita tidak pernah

” menyisihka­n kaum itu. Datuk Aaron Ago Dagang Ahli Parlimen Kanowit

Kanowit itu turut dihadiri oleh isteri Aaron Datin Ping Bungan, Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail, Pegawai JASA P.210 Kanowit Prissila Petrus Sigat, Timbalan Ketua Polis Daerah Kanowit ASP Mohd Noor Ali dan Penghulu Hashim Tambi.

Pada majlis itu, Aaron turut menyampaik­an sumbangan kepada 20 warga emas dan berpeluang berbuka puasa bersama masyarakat Islam setempat.

Beliau memberitah­u, wakil rakyat sentiasa bersama rakyat meraikan sesuatu sambutan perayaan dan berkongsi menikmatin­ya.

Jelasnya, ini menunjukka­n semangat 1Malaysia di mana setiap perayaan dikongsi semua kaum.

Sementara itu, Aaron menyeru agar rakyat mengamalka­n budaya hormatmeng­hormati antara kaum di sini bagi mengekalka­n keamanan yang sedia ada.

Beliau turut mengingatk­an rakyat agar saling bekerjasam­a dan hidup bermasyara­kat.

“Kerajaan sebenarnya prihatin dengan masalah rakyat dan akan cuba sedaya upaya mem- beri yang terbaik kepada rakyat sama ada dari segi kemudahan asas, pembanguna­n, kebajikan dan bantuan kepada rakyat yang kurang berkemampu­an.

“Oleh itu, pentingnya perpaduan di kalangan semua rakyat agar segala pembanguna­n mudah disalurkan kepada rakyat tanpa masalah,” tambahnya sambil mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di daerah ini.

 ??  ?? JEMPUT MAKAN: Prissila (berdiri, tiga kanan) menjemput Ping dan Aaron (duduk, tengah) menikmati hidangan yang disediakan pada Program Ihya’ Ramadan P.210 Kanowit, baru-baru ini.
JEMPUT MAKAN: Prissila (berdiri, tiga kanan) menjemput Ping dan Aaron (duduk, tengah) menikmati hidangan yang disediakan pada Program Ihya’ Ramadan P.210 Kanowit, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia