Utusan Borneo (Sarawak)

Lee: Lapor jenayah kepada polis, bukan kongsi dalam media sosial

-

MIRI: Penduduk kawasan Miri harus melapor apa sahaja kejadian jenayah yang berlaku walaupun ia jenayah kecil, kata Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin.

Jelasnya, polis sememangny­a memerlukan statistik sebenar bagi mengukuhka­n siasatan terhadap sebarang kejadian jenayah.

“Sila lapor kepada polis walau kita anggap ia satu jenayah kecil, namun ia tetap jenayah,” katanya dalam satu sidang media setelah mempengeru­si mesyuarat ja- watankuasa keselamata­n Miri semalam bersama beberapa agensi kelmarin.

Menurutnya, sebagai contoh kejadian pecah rumah dan kecurian baru-baru ini banyak berlaku dan dikongsi dalam media sosial namun ada antaranya tidak dilapor kepada polis.

“Akhirnya statistik tidak menunjukka­n kejadian atau jenayah sebenar. Ini ternyata membantut pihak polis daripada mengambil apa- apa tindakan seharusnya,” jelas Lee.

Seperkara lagi, menu- rut Lee pihak polis turut mempunyai masalah dengan penjenayah tegar yang kerap melakukan jenayah seperti kes pecah rumah dan curi secara berulang.

Katanya, ini kerana mereka kerap dihadap ke mahkamah dan mengambil peguam sendiri bila dapat dibina kes.

“Dan perkara ini kerap berulang-ulang kali berlaku terhadap penjenayah yang sama, polis tiada kuasa di dalam hal berkenaan,” ujarnya.

Lee berharap akan ada semakan semula dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan berkenaan perkara itu.

Pada masa sama, Lee turut berharap akan ada penyertaan serta penglibata­n masyarakat dan polis mengenai pencegahan jenayah.

Pihak Universiti Curtin turut akan memberikan kerjasama erat dengan pihak polis berkenaan pencegahan terutamany­a di kawasan Desa Senadin.

Turut hadir Pemangku Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit dan Residen Miri Antonio Kahti Galis.

 ??  ?? BANTERAS JENAYAH: Lee (tengah) bersama yang lain ketika sidang media setelah mempengeru­si mesyuarat di Miri kelmarin.
BANTERAS JENAYAH: Lee (tengah) bersama yang lain ketika sidang media setelah mempengeru­si mesyuarat di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia