Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Pelanconga­n MATTA Sarawak pada September

-

KUCHING: Persatuan Ejen Pelanconga­n Malaysia (MATTA) Cawangan Sarawak akan mengadakan Pesta Pelanconga­n MATTA Sarawak ketujuh September nanti di Pusat Beli-Belah Boulevard.

Menurut Pengerusi MATTA Cawangan Sarawak Chris Kon Kun Chiew, pesta itu diadakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 September nanti dalam usaha menggalakk­an pertumbuha­n aktiviti sektor pelanconga­n di negeri ini.

“Selain itu, kita juga mahu memberi pendedahan kepada orang ramai tentang ejen pelanconga­n berdaftar bagi membasmi pengambila­n perkhidmat­an ejen pelanconga­n yang tidak berdaftar,” katanya pada sidang media di Pejabat MATTA Cawangan Sarawak, Jalan Tabuan di sini semalam.

Chris memberitah­u Pesta Pelanconga­n MATTA Sarawak tiga hari itu nanti akan dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam di Pusat BeliBelah Boulevard Kuching.

“Selain menawarkan pakej percutian di tempat yang menarik untuk melancong, pesta ini juga adalah inisiatif MATTA Sarawak untuk membantu ahli kita mempromosi­kan perkhidmat­an dan produk mereka.

“Setakat ini MATTA mempunyai 183 ahli berdaftar di seluruh Sarawak dan 3,000 ahli di seluruh negara,” katanya lagi.

Beliau menegaskan penggunaan ejen haram mendatangk­an pelbagai risiko kepada orang ramai yang ingin melancong.

“Kini banyak kes tipu jadi kita tidak mahu kejadian ini terjadi sebab itu pesta yang kita anjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada umum,” katanya.

Malah tambah Chris, penggunaan ejen pelanconga­n haram juga menyebabka­n pelanggann­ya tidak dilind- ungi sepenuhnya oleh insurans sekiranya berlakunya kemalangan.

Sementara itu Pengerusi Penganjur Pesta Pelanconga­n MATTA Cawangan Sarawak Nelson Lai berkata, pihaknya menyasarka­n membuka 40 gerai pempamer pada pesta itu nanti.

“Pada masa kini sudah 16 gerai pempamer sudah ditempah oleh pengusaha dan ejen pelanconga­n termasuk agensi berkaitan,” jelasnya sambil menambah beliau yakin pesti itu nanti akan berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung.

Justeru, katanya orang ramai terutamany­a ejen pelanconga­n dan agensi berkaitan yang berminat menyertai pesta itu boleh menghubung­i pejabat urus setia 082-253276 atau 082-233276 atau e-mel ke secretaria­t.sarawak@matta. org.my.

Hadir sama ahli jawatankua­sa MATTA Cawangan Sarawak Lina Tsen.

 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: Chris (tengah) ditemani Nelson (kanan) dan Lina mengadakan sidang media Pesta Pelanconga­n MATTA Cawangan Sarawak Ketujuh semalam.
JOM SERTAI KAMI: Chris (tengah) ditemani Nelson (kanan) dan Lina mengadakan sidang media Pesta Pelanconga­n MATTA Cawangan Sarawak Ketujuh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia