Utusan Borneo (Sarawak)

Queenie Jewellery tawar diskaun hebat untuk barangan berjenama

-

KUCHING: Queenie Jewellery, menjanjika­n barangan kemas berjenama kepada semua dengan menawarkan diskaun hebat sempena kedatangan Hari Raya ini.

Dengan menawarkan harga berpatutan sedia ada untuk barangan emas perak bersadur rhodium, Queenie Jewellery mengadakan promosi Hari Raya dengan diskaun khas sehingga 31 Julai.

“Dengan pembelian barangan emas pertama, pelanggan layak mendapat 10 peratus diskaun dan mereka juga boleh mendapat 20 peratus diskaun bagi pembelian kedua.

“Sementara bagi pembelian ketiga dan ke atas, mereka boleh mendapat 35 peratus diskaun,” kata pengurus pembanguna­n perniagaan Queenie Jewellery Eugene Chua kepada pemberita di sini, semalam.

Tambah beliau, bagi manamana pembelian terhadap barangan berharga RM300 (harga bersih) dan ke atas akan didatangka­n dengan sepasang anting-anting zirkonia Eurograde percuma.

Jenama barangan kemas berkenaan menyasarka­n un- tuk menampilka­n reka bentuk elegan dan pelbagai dengan harga berpatutan serta mampu dimiliki oleh semua tanpa mengira usia.

“Barangan kemas yang kami ada sesuai untuk semua majlis sama ada untuk majlis makan malam, hari jadi atau sebagai hadiah.

“Kami juga menawarkan pelbagai reka bentuk barangan untuk semua lapisan sama ada wanita atau gadis muda,” kata Chua.

Bagi mereka yang berminat, boleh mengunjung­i jerayawara Queenie Jewellery di Tingkat Bawah, Plaza Merdeka atau mengunjung­i premis mereka di Tingkat 1, Plaza Merdeka atau Tingkat Bawah Pusat Beli-Belah Cityone.

Pelanggan juga boleh menghubung­i Chua di talian 013-8234886 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

 ??  ?? DISKAUN HEBAT: Kunjungi jerayawara Queenie Jewellery untuk mendapat diskaun menarik bagi barangan kemas elegan.
DISKAUN HEBAT: Kunjungi jerayawara Queenie Jewellery untuk mendapat diskaun menarik bagi barangan kemas elegan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia