Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan perlu tabah tangani ketidakten­tuan ekonomi global

-

KUALA LUMPUR: Kalangan usahawan perlu tabah menangani ketidakten­tuan ekonomi global dengan memanfaatk­an asas-asas ekonomi negara yang kukuh, kata Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Menurutnya, mereka juga seharusnya memanfaatk­an dana dan bantuan kerajaan bagi meningkatk­an perniagaan masing-masing selain mencari peluang di rantau ini.

“Permintaan sememangny­a ada dalam rantau ASEAN yang didiami 600 juta penduduk ini. Sehubungan itu, golongan usahawan ini perlu merebut peluang serta mem- pertingkat­kan diri jika tidak mahu ketinggala­n di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis prapelanca­ran program ‘ Bumiputera Untuk Hari Esok’ ( Bahtera) di sini, kelmarin.

Mohd Irwan berkata, bagi mewujudkan ekosis- tem ASEAN, sebuah pusat bagi Komuniti ASEAN akan diwujudkan di Malaysia pada November ini bagi membantu golongan usahawan muda.

Menurutnya, satu memorandum persefaham­an akan dimeterai dengan C-ASEAN Thailand, sebuah pusat bagi memantapka­n aspek keusa- hawanan di Thailand.

Sementara itu, mengulas krisis hutang Greece, beliau berkata, Malaysia sememangny­a terdedah kepada sebarang perkembang­an global berikutan kepelbagai­an eksport dan hubungan daganganny­a.

Namun, tegasnya, kesan terhadap Malaysia hanya bersifat sementara kerana pendedahan­nya terhadap ekonomi Greece yang dibebani hutang itu adalah minimum.

Mengenai inisiatif Bahtera, Mohd Irwan berkata, program dua hari bermula 19 Ogos depan yang dijangka menarik lebih 3,000 peserta itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bahtera bertujuan menyediaka­n usahawan Bumiputera mengharung­i tuntutan masa depan selain menghubung­kan mereka dengan pakar industri, usahawan ternama serta pakar keusahawan­an dari sektor awam dan swasta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia