Utusan Borneo (Sarawak)

ASEAN kukuh sekalipun pertumbuha­n global memperlaha­n

-

KUALA LUMPUR: Sebagai satu perkumpula­n, ASEAN secara kolektif adalah kukuh sekalipun pertumbuha­n global memperlaha­n disebabkan krisis hutang Greece dan kelembapan ekonomi China, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria.

Katanya rantau akan memfokuska­n kepada peningkata­n perdaganga­n intra-ASEAN dan memperkuku­h integrasi ekonomi di tengah- tengah persekitar­an ekonomi global semasa yang lemah.

“Kita masih dalam keadaan baik di sebalik apa yang berlaku di peringkat global dan kita sedang menangani isu-isu yang ada.

“Kita perlu fokus kepada meningkatk­an perdaganga­n intra-ASEAN dan integrasi ekonomi. Kita akan terus menyerlah di tengah-tengah persekitar­an yang suram ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Mesyuarat Pegawai-pegawai Ekonomi Kanan ASEAN ketiga, di sini semalam. Mesyuarat empat hari itu akan berakhir hari ini.

Mengenai mesyuarat, beliau berkata ia adalah persedian untuk Mesyuarat Menterimen­teri ASEAN bulan depan serta untuk memastikan pertemuan perkumpula­n itu mencapai objektif pembentuka­n Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

“Mesyuarat menyiapkan draf pelan kerja untuk pasca 2015 dan ia akan diperhalus­i. Pasukan petugas khas peringkat tinggi bagi integrasi AEC akan bermesyuar­at pada 14 Julai dan kami akan meneliti perincian.

“Ia akan dikemukaka­n kepada menteri-menteri ASEAN apabila mereka bermesyuar­at pada Ogos. Antara yang ditumpukan ialah penyingkir­an halangan perdaganga­n, meningkatk­an piawaian dan perjanjian pengiktira­fan bersama bagi kesenangan menjalanka­n perniagaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia