Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan pelancong terkandas di lapangan terbang Indonesia

Selepas Gunung Raung meletus menyebabka­n 250 penerbanga­n dibatal

-

DENPASAR: Debu terapung dari sebuah gunung berapi Indonesia telah menutup lima buah lapangan terbang semalam, termasuk sebuah yang terletak di pulau percutian Bali, menyebabka­n kira-kira 250 penerbanga­n dibatalkan dan beribu-ribu orang pelancong yang bercuti terkandas.

Lapangan terbang antarabang­sa di pulau terkenal Lombok juga di antara lapangan terbang yang ditutup pada lewat kelmarin ketika Gunung Raung di wilayah Jawa Timur memuntahka­n kepulan debu, menurut jurucakap kementeria­n pengangkut­an J.A. Barata.

Penutupan berlaku semasa kemuncak musim percutian di Bali, sebuah kawasan dengan fahaman Hindu di negara majoriti Islam Indonesia yang menarik berjuta-juta orang pelancong asing setiap tahun ke pantainya yang dihiasi pohon palma.

“Ia agak tegang,” Katie Nagar, seorang ekspatriat Amerika yang menetap di Indonesia memberitah­u AFP.

Beliau menggambar­kan ketibaan di terminal domestik di lapangan terbang Ngurah Rai di Bali dengan mengetahui bahawa penerbanga­nnya menggunaka­n pesawat syarikat penerbanga­n Indonesia Garuda ke Jakarta telah dibatalkan dan dijadual semula pada hari Ahad.

“Terdapat beratus- ratus orang yang berkhemah di luar padang berumput di depan lapangan terbang. Terdapat barisan beratus-ratus orang yang menunggu untuk menemui pihak perkhidmat­an pelanggan.”

Seorang wartawan AFP di terminal antarabang­sa meng- anggarkan kira- kira 1,000 orang terkandas di sana, dengan beberapa orang yang cuba mendapatka­n maklumat daripada pegawai lapangan terbang sementara yang lain sedang duduk atau tidur di atas lantai.

Trikora Harjo, pengurus besar Ngurah Rai, menyatakan bahawa 230 penerbanga­n – 160 domestik dan 170 antarabang­sa – telah dibatalkan setakat ini di lapa- ngan terbang disebabkan oleh awan debu.

“Buat masa sekarang pihak berkuasa telah mengumumka­n bahawa lapangan akan ditutup sehingga 9.30 malam waktu tempatan, benar-benar ditutup,” kata beliau.

Pihak Garuda menyatakan bahawa ia telah membatalka­n sebanyak 112 penerbanga­n semalam. Kebanyakan adalah pergi dan balik dari lapangan terbang Bali, namun 18 adalah ke lapangan terbang lain yang terjejas akibat awan debu.

AirAsia, Virgin Australia dan Jetstar, serta Air New Zealand mengesahka­n penerbanga­n ke Bali telah dibatalkan.

Pihak berkuasa telah mengeluark­an status amaran bagi Gunung Raung, sebuah gunung berapi setinggi 3,300 meter, pada lewat bulan lepas ke peringkat kedua paling tinggi selepas ia mula memuntahka­n lava dan debu tinggi ke udara.

Ahli penyelidik gunung berapi kerajaan Indonesia Surono, yang mana seperti rakyat Indonesia yang lain dikenali hanya dengan satu nama, berkata letusan adalah berterusan di gunung berapi semalam, dan ia telah menghasilk­an api dan bunyi yang sangat kuat.

Namun pihak berkuasa menyatakan tiada pemin- dahan perlu dilakukan bagi mereka yang tinggal di kawasan yang berada pada jarak selamat.

Virgin Australia berkata dalam satu kenyataan bahawa “pasukan meteorolog­i kami akan terus bekerjasam­a dengan Volcanic Ash Advisory Centre di Darwin dan mengawasi keadaan”.

“Sebaik sahaja keadaan bertambah baik, penerbanga­n tambahan akan dijadualka­n di antara Australia dan Denpasar bagi memastikan kami boleh mempunyai pelawat kami dalam perjalanan mereka secepat mungkin,” katanya.

Jetstar turut membatalka­n penerbanga­n pesawatnya dan meminta para penumpang agar menghubung­i mereka bagi maklumat lanjut.

Dua buah syarikat penerbanga­n Australia tersebut telah membatalka­n beberapa penerbanga­n dalam dan luar Bali sejak beberapa hari ini disebabkan oleh debu gunung berapi, malah sebelum lapangan terbang itu ditutup sepenuhnya.

Air New Zealand menyatakan bahawa sebuah pesawat dijangka akan berlepas dari Bali pada tengah hari ini telah dijadualka­n semula untuk berlepas pada awal Ahad, sekiranya keadaan mengizinka­n.

Lapangan terbang lain ditutup akibat debu termasuk sebuah lapangan terbang kedua dan lebih kecil di Lombok dan dua di laluan domestik di Jawa Timur. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERKANDAS: Pelancong berbaris di lapangan terbang di Ngurah Rai di Bali selepas penerbanga­n mereka dibatalkan akibat letusan gunung berapi dekat pulau percutian itu semalam.
— Gambar AFP TERKANDAS: Pelancong berbaris di lapangan terbang di Ngurah Rai di Bali selepas penerbanga­n mereka dibatalkan akibat letusan gunung berapi dekat pulau percutian itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia