Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa bumi 6.5 gegar Kepulauan Solomons, tiada ancaman tsunami

-

SYDNEY: Satu gempa bumi yang cetek sekuat 6.5 magnitud telah berlaku di Pasifik di luar Kepulauan Solomons semalam, menurut ahli seismologi, namun tiada ancaman tsunami dikeluarka­n dan tiada kerosakan besar telah dijangkaka­n.

Gempa bumi tersebut melanda 154 kilometer barat daya Dadali dan 170 kilometer barat ibu negara Honiara, menurut laporan US Geological Survey (USGS).

USGS pada mulanya mengukur gempa bumi itu sebagai 7.0 magnitud namun menukar ia lebih rendah.

Ia telah diikuti dengan satu gegaran sekuat 5.3.

“Berdasarka­n kepada semua data yang ada satu tsunami pemusnah seluas Pasifik adalah tidak dijangkaka­n akan berlaku,” menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Solomons adalah sebahagian daripada ‘Lingkaran Api’ Pasifik, sebuah zon bagi aktiviti tektonik dikenali dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering berlaku.

“Honiara sudah pastinya akan merasai ini. Terdapat sedikit gegaran, namun hanya gegaran ringan pada jarak ini,” ahli seismologi Geoscience Australia Jonathan Bathgate memberitah­u AFP.

“Ini tidak mungkin akan menyebabka­n kerosakan besar.”

Seorang jurucakap Pusat Pengurusan Bencana Negara di Solomons berkata bahawa “buat masa sekarang, tiada laporan telah muncul mengenai sebarang kerosakan”.

Pada 2013, Kepulauan Solomons telah dilanda oleh tsunami selepas gempa bumi sekuat 8.0 magnitud, menyebabka­n sekurang- kurangnya 10 orang terbunuh dan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal selepas beberapa buah bangunan musnah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia