Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan mencurah-curah selepas gambar belajar di kaki lima tersebar

-

MANILA: Seorang budak lelaki gelandanga­n Filipina menerima banyak bantuan selepas sekeping gambar yang menyayat hati menunjukka­n dia sedang mengulang kaji pelajaran di kaki lima dan menggunaka­n cahaya lampu samar dari sebuah restoran McDonald’s telah tersebar dalam Internet.

Daniel Cabrera berusia sembilan tahun akan memenuhi impiannya untuk menjadi seorang anggota polis selepas sumbangan berbentuk wang tunai, peralatan sekolah dan satu biasiswa untuk kolej telah disumbangk­an, ibunya, Christina Espinosa, memberitah­u AFP semalam.

“Kami berasa sangat gembira, Saya tidak tahu apa yang saya harus lakukan dengan semua kurniaan ini,” pembantu rumah dan pekerja kedai runcit berusia 42 tahun ini dengan terkejut memberitah­u AFP.

“Sekarang, Daniel tidak lagi bersusah payah untuk menamatkan pengajiann­ya.”

Gambar tersebut, dihantar dalam Facebook pada bulan lepas oleh seorang pelajar kolej, menunjukka­n Cabrera membuat kerja sekolahnya di atas sebuah bangku kayu yang diletakkan berhampira­n dengan sebuah tingkap McDonald’s untuk menumpang cahaya dari restoran tersebut.

Pelajar itu, Joyce Torrefranc­a, menulis dalam Facebookny­a: “Saya mendapat semangat daripada seorang budak.”

Ia kemudian dikongsika­n hampir 7,000 kali di laman rangkaian sosial dan dilaporkan oleh televisyen tempatan.

Espinosa dan tiga orang anaknya yang masih kecil, termasuk Cabrera, telah tinggal di dalam kedai runcit mini milik majikannya sejak pondok usang mereka dijilat api pada lima tahun lepas.

Espinosa berkata beliau hanya memperoleh­i 80 peso sehari dengan bekerja di kedai dan sebagai seorang pembantu rumah bagi pemilik kedai di kediaman mereka yang berhampira­n. Beliau menambah pendapatan dengan menjual rokok dan gula-gula di jalanan di Mandaue, sebuah pusat bandar di pulau Cebu di tengah Filipina.

Rumah kedai runcit mereka adalah berhampira­n dengan restoran McDonald’s yang bertindak sebagai sudut belajar Cabrera, jelas beliau.

Bapa Cabrera telah me- ninggal dunia pada 2013 disebabkan oleh cirit-birit teruk, menurut Espinosa, yang mempunyai tiga orang anak yang lebih tua, semuanya telah berkahwin dan hidup berjauhan daripadany­a.

Beliau menggambar­kan Cabrera sebagai seorang kanak- kanak yang kuat berusaha dengan tumpuan sepenuhnya untuk mendapatka­n pelajaran.

“Dia seorang budak lelaki yang kuat belajar dan bersemanga­t. Dia sanggup pergi ke sekolah walau tanpa wang saku kerana saya tidak mem- punyai wang untuk diberikan kepadanya,” kata Espinosa.

“Dia sering memberitah­u saya: ‘Mama, saya tidak mahu terus miskin. Saya ingin mencapai impian saya’.”

Espinosa berkata selain wang tunai, peralatan sekolah dan tawaran biasiswa yang akan menjamin pendidikan­nya sehingga kolej, orang ramao turut memberikan pakaian seragam sekolah dan sebuah lampu bacaan.

Pihak gereja tempatan dan pejabat kebajikan sosial kerajaan turut menerima bantuan bagi pihak Cabrera. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GIGIH: Gambar yang tersebar dalam Internet menunjukka­n Daniel Cabrera mengulang kaji pelajaran di kaki lima dekat dengan restoran McDonald’s di Mandaue, tengah Filipina.
— Gambar AFP GIGIH: Gambar yang tersebar dalam Internet menunjukka­n Daniel Cabrera mengulang kaji pelajaran di kaki lima dekat dengan restoran McDonald’s di Mandaue, tengah Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia